CERPEN :Profesorku Suamiku ?



Dalam kuliah...

Aku termenung ke luar jendela, ya Allah sungguh indah di pagi hari ini.

Tiba-tiba ada derapan tapak kasut melangkah masuk ke dalam Dewan Seminar yang tersergam indah...

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua,Saya profesor baru di sini dan saya bakal menggantikan tempat Profesor Julia yang telah berpindah ke Johor Bahru. Kamu semua boleh panggil saya Encik Haikal." laju saja lelaki itu mengungkapnya....

"Prof umur berapa ye ?" suatu suara budak perempuan yang agak nakal bertanya.

"Erm,Guess ?, I'm 25 years old :)" Encik Haikal membalasnya.

"Single ke dah berpunya ?" Tina mencelah percakapan Encik Haikal.

"I'm still single but not available" ucapnya.

"Ishh, tina nie mengada tau" bisik hati kecil ku

"Okay, semua. Let's start our class" Encik Haikal mula bertegas.

*********************************************************************************
Sewaktu rehat....

"Ehh Zahra, prof baru kita tu handsome kan ?" Tina begitu teruja.

"Ish, kau nie. Tak habis-2 dengan prof tu" Aku membalasnya

"Eleh,kau nie. Entah-2 kau pun setuju dgn cakap aku tu kan ? :P"

"Yela, mmg prof tu handsome. Dahlah, jom kita balik"

"Hehe, mengaku pun kau. Kau dgn prof tu sesuai jugak ye?, sesuai sangat-2"

"Mula la tu, nak merepek" merona pipi merahku.

*********************************************************************************
Keesokan hari....

"Kelas, hari nie kita akan membincangkan mengenai blablabla...." terang Encik Haikal

"Ya Allah, handsomenya dia. Kalau la aku dapat kahwin lelaki mcm dia kan, bagus jugak". hatiku berdetik

"Err, Ayu Zahra ?". ucap Encik Haikal.

"Alahai,manisnya senyuman dia siap ada lesung pipit lagi". aku berseloroh tanpa menyedari kehadiran Encik Haikal di depan aku.

"Wei, Zahra ! prof ada depan mata kau lah ! berangan ke apa kau nie ?" Tina mencubit aku

"Aduh, sakitnya ! Tina asal dgn kau nie ?" aku mengeluh kecil

"Erm,Zahra ? Are you okay ?" Encik Haikal bertanya.

"Ha ? prof.. i'm sorry ! saya tak sihat sikit hari nie". baru aku sedar yang prof ada depan aku, hehe padahal aku sedang mengelamun pasal dia tadi. Ohh malunya kalau dia tahu aku tengah berangan pasal kahwin.Astaghfirullahaladzim, apa yang aku mengarut nie ayu ?. Sedarlah sikit !.

"Ohh,kalau awak ada apa-2 masalah beritahu saya okay ?". Encik Haikal melemparkan senyuman dia yang manis.

"Baik prof". aku membalasnya.

*********************************************************************************

Di rumah Zahra...

"Ayu, umi teringin nak tengok ayu kahwin" umi menyentuh bab kahwin -.-

"Umi, ayu masih muda lagi lah lagipun ayu nie masih belajar" aku membangkang

"Tapi, apa salahnya kan kahwin muda ? tengok kawan ayu tu, apa nama dia ea ?" berkerut dahi umi memikir

"Ohh, Aisya.Alaa umi, Aisya dan Najib tu memang dah bercinta sejak sekolah lagi la"

"Kamu tu dah berpunya ke belum ?" umi bertanya.

"Hehe,belum umi. tak berkenan lah, takpe umi. kalau dah tiba masanya, ayu akan kahwin jugak"

"Apa-2 jelah, malas umi nak bertengkar dgn kamu. Harap ada orang datang meminang kamu nanti"

"Ishk umi nie ada-2 ajela".

Jam di dinding rumah Ayu Zahra menunjukkan angka 3 pagi....

"Ayu Zahra, sudikah awak mengawini saya ?" ucap seorang lelaki yang tidak dikenali

"Siapakah awak ?" Zahra menyoal lelaki itu

"Saya akan membimbing awak ke syurga" lelaki itu melemparkan senyuman kepadaku

Aneh sekali, senyuman dia macam pernah ku lihat tapi di mana ya ??....

"Ayu ! Ayu ! Bangun nak !" umi mengerakkan tubuhku

"Umi ?"

"Ya ! umi di sini. Kenapa dgn kamu ?" umi bertanya sambil memegang bahuku

"Eh,tak ada apa umi, ayu bermimpi tadi.Astaghfirullahaladzim" aku membalasnya

"Betul ke nie ?, Umi nampak kamu macam meracau-2 je. Agaknya kamu nie nak kahwin tak ? hehe"

"Umi, tak ada apalah. Sudahla tu, ayu nak solat tahajud dulu"

"Iyelah, umi percaya kamu akan dapat suami yang baik suatu hari nanti"

"Amin,InshaaAllah umi. Doa-2 kanlah untuk ayu"

*********************************************************************************

2 bulan telah berlalu...

"Zahra, awak sangat bagus sekali ! saya amat kagum dgn awak" Encik Haikal memujiku

"Takdelah prof, saya biasa je. Ramai lagi yang bagus jika dibandingkan dgn saya tak seberapa nie.Terima kasih :)." aku merendahkan diri

"Sama-2, saya kagum dgn awak Siti Ayu Zahra." Encik Haikal membalasnya sambil menguntumkan senyuman yang amat manis sekali.

Aku tersentak, senyuman Encik Haikal sama seperti senyuman jejaka yang hadir dalam mimpi aku haritu. Adakah Encik Haikal ? Tak mungkin. Sayang sekali aku tidak dapat melihat wajah jejaka dalam mimpi ku dengan jelas. Berapa kali aku termimpi benda yang sama. Adakah jodoh aku sudah menghampiri ku ?. Ya Allah, apa yang aku merepek nie ?...

*********************************************************************************

Seminggu kemudian di rumah Ayu Zahra...

"Ayu !, tadi ada kawan umi,Datin Suraya datang ke rumah kita.Diorang datang untuk merisik kamu untuk anak lelaki diorang."

"Ya Allah, betul ke umi dan abah ?."

"Betul, abah telah berbincang dgn diorang. Diorang akan menghantar rombongan meminang kamu minggu depan, abah harap kamu dapat menerimanya, abah tahu anak abah nie masih belum berpunya dan abah nak sangat anak abah nie terima pinangan itu ya ?."

"Apa abah ?. Ayu belum bersedia lagi lah abah,umi. Ayu kan masih belajar, ayu takut terabai pulak suami ayu nanti."

"Kamu nie Ayu, tak habis-2 bagi alasan yang kamu nie muda lagilah, masih belajar lagi lah. Kan umi dah cakap, apa salahnya kahwin dalam usia awal. Kamu masih boleh belajar lagi kan ? , umi sangat yakin yang ayu dapat membahagi masa ayu dgn pelajaran dan bakal suami ayu nanti. Ayu kena belajar semua tu, umi dulu pun bukannya pandai sangat bab-2 rumahtangga nie, tapi umi belajar. Sekarang kamu tengok, abah kamu tu sayang sangat dgn umi dan keluarga kita bahagia."

"Tapi umi, abah. Ayu masih belum kenal siapa lelaki itu ?. Entah takde gigi ke apa"

"Usah risau ayu, abah dan umi sudah tengok bakal suami kamu tu, memang segak orangnya. Kalau abah jadi kamu pun, abah akan terima tau. Dia kerja besar dan dia anak dato'."

"Ye betul cakap abah kamu tu ayu, umi pun berkenan tengok dia. Manis je senyuman dia, umi bangga kalau dapat menantu macam dia. Nama penuh dia Muhammad Faris Haikal B Dato' Isa."

Macam aku pernah dengar nama tu, Haikal ? macam Encik Haikal pulak. Haha, alangkah indahnya kalau Encik Haikal jadi suamiku. Mana mungkin lah !.

"Umi, dia kerja apa ?"

"Pensyarah"

"Apa ? Umi ? Pensyarah ?. Dia Pensyarah di Universiti mana,umi ?"

"Tak pastilah ayu, nanti umi telefon Datin Suraya ya ?"

Adakah Encik Haikal ? Ya Allah. Tak ! Tak ! Haikal tu ramai. Tak semestinya nama Haikal seorang je. Ramai lagi yang bernama Haikal. Tiba-tiba je jantung aku berdegup kenapa ?

"Baiklah umi, ayu terima je pinangan ini. walaupun ayu tak kenal dan tak cinta lelaki tu, tapi ayu yakin pilihan umi dan abah akan membuat ayu bahagia satu hari nanti."

"InshaaAllah" Balas umi dan abah.

Aku tidak dapat melelapkan mata kerana sering tertanya-2 siapakah jejaka itu ?

*********************************************************************************

Seminggu yang aku nantikan, kini tiba masanya. Debaran semakin terasa apabila rombongan pihak lelaki telah datang untuk mengikat tali pertunangan di antara aku dan Encik Muhammad Faris Haikal. Kini, seorang wanita 40-an menyarung cincin ke jari manis ku di dalam kamar.

"Ayu Zahra, jagalah cincin ini seperti kamu jaga nyawa kamu sendiri dan aunty harap zahra dan faris akan bahagia apabila kamu berdua diijabkabulkan" kata bakal ibu mertuaku.

"InshaaAllah,aunty. Zahra akan jaga cincin nie sebaik yang mungkin. Aunty doakan la ye semoga zahra dapat jatuh cinta dgn anak aunty" aku mengukir senyuman.

"InshaaAllah :), mari kita duduk di luar, kita akan berbincang mengenai perkahwinan sambil itu kamu boleh la tengok anak aunty yang segak tu, pasti kamu tertunggu-2. Mari,," sambut wanita puluhan itu

Sewaktu aku keluar dari kamarku, tiba-2 aku terpana. MasyaAllah, inikah bakal calon suamiku ??...

"Ha, Zahra. ini lah anak aunty" sambil menunjuk kepada lelaki tersebut

"ya Allah, aunty ! nielah profesor Zahra di universiti !" aku begitu terkejut

"Betul ke ?, aunty tak tahu pulak yang korang berdua saling kenali. Sebab aunty yang merancang dgn ibu kamu untuk menjodohkan kamu berdua. Si faris nie payah sangat nak cari isteri, dia suruh aunty tolong carikan untuk dia, dia cadangkan aunty meminang kamu yang bernama Siti Ayu Zahra Bt Zaidi. Tak sangka kamu belum mengenali siapa bakal suami kamu".

"Iye Zahra, saya lah akan membimbing awak ke syurga :). Sebenarnya saya Muhammad Faris Haikal. Dekat U, ramai panggil saya Haikal tapi nama manja saya Faris, hehe".

"Awak rupanya, ya Allah"

Aku berasa lega sekali dan bersyukur kepada Allah S.W.T ternyata jodoh aku ialah Haikal, profesor universiti aku sendiri. Dan aku pernah ada angan-2 untuk mengahwini lelaki seperti Haikal, rupanya terkena batang hidung aku.

Aku benar-2 tak sangka bahawa mimpi aku selama nie ada maksud tersirat.Agak kelakar jugak, selama nie tak pernah pulak Haikal meluahkan perasaan kepadaku, rupanya dalam diam dia menyukaiku semenjak aku membuat perbentangan mengenai Mata Wang di Dunia. Setelah dia tahu yang aku belum berpunya, terus dia suruh ibunya, Datin Suraya menghantar rombongan meminang. Siapa sangka kan ?.

 Sekarang aku dah mulai jatuh cinta kepada suamiku iaitu Faris Haikal. Hari nie, tamatlah sudah pengajianku di Universiti Putra dan aku akan bekerja di Syarikat Megah Perkasa Sdn.Bhd. Sejak aku disahkan hamil 2 bulan, Haikal selalu mengambil berat pasal aku. Sekejap dia tanya "Dah makan ke belum?" seminit kemudian "Okay tak ?" . Macam-2 lah haikal nie.

Di universiti, semestinya jadi kontroversi antara aku dan Haikal..Si tina kawan baik aku , dia cakap yang tekaan dia bahawa aku dan Haikal pasangan yang serasi selama ni tepat. Ada-2 je dia tu. Aku sangat bahagia sekarang, walaupun aku tak pernah jatuh cinta dengan suami aku tapi betul cakap abah dan umi yang cinta lepas berkahwin akan mengundang kebahagiaan, terima kasih kerana mereka banyak memberi dorongan kepadaku akhirnya aku sudah menjadi milik Faris Haikal.

"Hah ! tulis apa tu ??" sergah haikal

"Ish, abang nie. Buat terkejut orang je tau, nakal betul !" aku menjuih bibir

"Eleh-2, sekali sekala abang nak buat sayang terperanjat"

"Kalau sayang sakit jantung dan mati macam mana ? , siapa nak jaga anak kita ?"

"Ala, jangan mati ea sayang, abang cinta sayang sgt-2, abang minta maaf"

"Maaf je tahu, nasib baik abang nie handsome dan senyuman yg menawan, lembut hati sayang"

"Mengada-2 ea ?, macam mana dgn baby kita ? , ayah rindu sgt-2"

"Baby sihat je, Tap Tap , tengok ! dia tendang perut sayang"

"Haha, sayang tipu nie ! ,baby kita tengah tidur. cubit baru tahu ! meh sini !"

"Hahaha, tak nak la abang, betul la"

"Tak kira, abang akan kejar sayang sampai dapat"




# CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-2. DAN AKU SAJA SUKA-SUKI. BORING BAHH,DAN AKU TENGOK MACAM DAH JADI CERITA MEREPEK,SEKEJAP TU SEKEJAP NIE. MINTA MAAF ANDAI ADA AYAT YANG SALAH, TATABAHASA YANG SALAH DAN SEBAGAINYA,HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ^__^













5 comments:

Anonymous said...

salam
bukan nk jatuhkan semangat kamu.
tapi sejujurnya saya nak katakan yg jalan cerita mcm ni dah beribu juta kali saya baca. cuba kamu cari kelainan sikit. cuba cari idea yg cerpen lain takde. saya dah muak baca cerpen macam ni.
maaf jika saya menyinggung kamu. saya cuma jujur. tapi kamau jgnlah patah semangat serta putus asa. malah kamu kena gigih dan besarkan semangat kamu jika ingin berjaya kelak. selamat maju jaya.
salam :)
-faraway-

Anonymous said...

salam..sy wse pnggunaan prof agk msthil utk llki umr 25...klu dr mgkin lbih ssuai..

Anonymous said...

Panggilan prof hanya digunakan untuk seseorang yang berpangkat Professar dr. Kalau AP(Assoc. Prof) pun orang tak panggil prof. Orang akan panggil Dr. Umur 25 ni, selalunya orang baru nak buat PHD. Jarang sangat dah habis PHD, melainkan dia genius gila. Sekadar berkongsi idea..

Nazatul Zeera said...

X sangka dh sampai berjuta ko baca cerpen..

Anonymous said...

Not bad