=> Edisi Abang Vs Kakak Vs Adik Angkat <=


Hai ! Sawadikap ! Ehhhh korang pernah tak "Berangkat". Tak pernah ? Bagus. I think better don't lahh kan.Ini cerita dulu punya maa , dulu aku ada banyak abang angkat,kakak angkat. adik angkat je takde. tak tahu sbb apa. act, aku tak suka adik. Haha, patutlah aku kurang adik beradik ea ?. 


Aku ada lebih kurang 10 camtu lah abang dan kakak angkat, huaha. tapi haromm satu pun tak boleh bela , opss ! hehe maaf. ada yang ambil aku sebagai adik angkat, ada yang aku gedik nak ambil diorang as abang dan kakak angkat, hehew.sekarang aku dah tak ada angkat-angkat lagi dah, insaf sudah :'). aku tak tahu sbb apa aku suka sangat ambil orang sebagai abang dan kakak angkat, tapi aku tak suka pulak couple. pelik binti ajaib betul kan ?. Aku kekurangan adik beradik, sbb tu aku sanggup berangkat. Tak bersyukur langsung ea aku ni ?. Kesian along aku dapat adik macam aku ni, huaha. 


Bagi aku berangkat kalau ikut cara yang betul tak apa. Tapi kena tahula batas-batasnya ya ! , terutama sekali kalau perempuan ambil abang angkat begitu jugak lelaki ambil kakak angkat sekali adik angkat yang berlainan jantina, kena tahu batas pergaulan. Tak boleh pegang-pegang tau ! haramm. even kita dah ambil dia sebagai abang angkat atau kakak angkat, tapi tak bermakna kita boleh pegang diorang, peluk sana sini dan sebagainya *Okay sudah ceramah agama nampaknya*. Melainkan ibu korang menyusui diorang sejak baby lagi ea ?. itu dah dianggap abang atau kakak susuan. so korang boleh ler pegang diorang , nak peluk sekali pun boleh lah. sbb tu untungnya siapa yang ada ambil anak susuan, boleh pegang sana sini, heheheh. 


Kadang-kadang ada jugak kebaikannya kalau kita ambil abang,kakak dan adik angkat. tapi ada jugak keburukannya, nak tahu tak ?. korang hati-hati tau kalau ambil abang dan kakak angkat ! mau pulak korang ambil yang handsome dan cantik, nanti korang tangkap leleh aka jatuh cinta dgn diorang. benda ni yang paling aku takut. alhamdulillah, dulu aku berangkat tak ada hati langsung dkt abang-abang angkat aku, maybe hati aku keras. haha lagipun niat aku hanya satu, anggap diorang sebagai abang kandung. 


Korang nak ke kahwin dgn abang dan kakak angkat sendiri ? hehe. setengah orang tak kisah, sbb diorang cakap jodoh tu kan ditangan Allah. tapi bagi aku lah kan, mintak dijauhkan. sbb apa ? yela kan selama ni kita dah anggap sebagai abang dan kakak angkat, panggil pun abang, kakak dan adik. tiba-tiba KAHWIN !. tak dapat guwa bayangkan, hekhok. tapi kalau dikatakan jodoh yang kuat tu nak buat macam mana lagi kan ? redha jelah, abang pun abang lah. hahaha, dah kita lari sana , nyorok bawah katil daripada kahwin dgn beliau tapi ada jodoh yang kuat kena la jugak kahwin,,nak buek macam mano kan ? terima seadanya jelah ye ?. tapi kalau aku kena kahwin dgn abang angkat sendiri, aku tak nak , aku lebih rela membujang, huaha, k melawak je.


Sekarang dunia dah berubah lah, dulu orang ambil abang kakak adik angkat ada sebab, mana la tahu kalau ada apa-apa, diorang dapat membantu kita. tapi sekarang dah lain gila aku cakap, ramai ambil abang kakak dan adik angkat just suka-suka. kalau break dgn makwe,pakwe boleh luahkan sayang dkt adik angkat pulak, ciss apa pun tak boleh !. dulu ikhlas membantu, sekarang korang tengok la dalam surat khabau, "Abang angkat rogol adik angkat" Zzz, nauzubillah la kan. mintak dijauhkan daripada unsur negatif, so kaum hawa ! beware la ye, sekarang ni lelaki tak boleh dipercayai, ehh . hehe maaf ! 

No comments: