Kucing Menarik bukan ? :3


Mioww :3 Mioww :3 Mioww :3. Siapa minat kucing ? angkat tangan. I love cats so much. kalau boleh nak bela semua yang ada, haa hambek kau. habis kena berleter dan ayah aku akan kembali alergic. So you know what i want to talk with you right ? *bajet omputeh bhai*. Kucing ? Apa itu kucing ?. kucing mempunyai dua telinga macam ni ^ ^ dan mempunyai misai tak kira jantan atau betina, ada kaki dan tangan semua sekali 4 dan sebagainya. tak kan korang tak biasa tengok kucing ? kalau tak pernah tu, aduhai kesian. 


Kucing dapat menghilangkan stress tau ! even dia kadang-kadang tak beri respons langsung dan selamba badak je jilat bulu-bulu dia, tapi sebenarnya faham. cuma dia tak adalah cakap dgn kita, kalau kucing boleh cakap, sure kita cabut lari. betul dak ?. Allah ciptakan sesuatu benda mesti ada sebab. Anjing ?, dapat bantu tuan dia macam-macam, seperti ambil surat khabar, jaga rumah and else. Kucing comel bukan ?, sebenarnya semua jenis kucing comel, tak kira parsi ke kampung ke bandar ke semua comel. dah ciptaan Allah mestilah lawa kan ? tak kan Allah nak cipta buruk. even kucing kurap pun, sebenarnya comel kalau korang ambil dia dan bela kasik makan sure lawa balik bulu dia. dah dia duduk di bawah longkang semua memanglah ada kurap , kuman dan segala binatang ada dkt badan dia. 


Aku nie kalau korang nak tahu, pentegar kucing tau !. pantang nampak kucing, aku akan pergi dekat. belai dia tak pun kalau ada makanan, aku kasi. aku tak kira restoran tu mewah ke apa, kalau nampak kucing lalu bawah aku mesti aku diam-diam campak sisa makanan di bawah meja, huaha kisah apa aku tuan restoran tu nak marah ke apa. aku lebih rela kena marah dari biar kucing tu lapar ! kucing pun ada hati,dia ada perasaan cuma tak ada akal je nak berfikir. cubalah korang jadi kucing kurap misalnya, korang mintak makanan dkt orang ramai, sorang pun tak kasik, apa korang rasa ?, sedih dan lapar semua kan ? bila ada insan yg prihatin dan kesian bagi korang makan, korang akan rasa bersyukur sgt. dan ingat ! kucing atau anjing akan sentiasa doakan kita tau ! so bagilah diorang makan kalau diorang mintak dkt korang, mana lah tahu nanti rezeki korang melimpah. aku mmg sentap gila , kalau ada orang yg tak peduli je bila tengok kucing, ada satu orang tuh, dahla kucing tuh dongak tengok orang tuh kan tengah makan yg sedap-sedap, aku rasa kucing tu nak mintak makanan, biasanya kalau diorang dongak dan tengok-tengok tu tandanya nak makan la tu. boleh pulak mamat tu buat tak endah je, hishh aku rasa mcm nak tendang je laki tuh, aku mmg geram kalau ada org buat aniaya dkt haiwan. dah tahu ada kucing bawah kau, bagila sikit makanan kau tuh. alaa, kau ada duit banyak ! tak salah pun kasi sikit. kucing tuh mana ada duit.


satu lagi yg aku dpt tengok drama swasta,. time tu aku pergi pantai . kan dkt pantai tuh ada la pondok berehat, adalah seorang pakcik tua dan family dia makan bawah pondok tu ,bawak sendiri kowt bekal tuh. kucing tu duk "miow,miow" dgn selambanya pakcik tua kerepot tu baling kasut dia dkt kucing tuh ! ya Allah, geram gila aku ! rasa nak baling pulak kasut aku yg tinggi tu dkt pakcik tuh, baru dia rasa macam mana sakit kucing tuh, baling kasut kowt weihh ! sakit tuhh. kalau tak nak kena kacau pun dgn kucing tuh, bagila sikit kan ??. nie tak , lagipun pakcik tu bawak bekal, alaa berbakul-bakul aku tengok pakcik tu bawak, tak kan satu makanan pun tak ada, sisa pun jadilah ! . aku mmg giler pantang tengok orang buat mcm tu, tak kiralah kucing ke anjing ke lembu ke whatever segala binatang kalau orang buli haiwan nak je aku sepak !. kalau aku jadi polis, dah lama aku saman. geram betul dgn orang macam tu. aku kalau kucing lalu bawah meja ke apa, aku bagi je makanan tak kira lah walaupun dlm pinggan aku tinggal tulang ayam ke ikan bilis ke. 


Aku ni macam ada "Aura" tahu tak ? setiap kali aku pergi kedai ke apa mesti ada je kucing lalu dkt aku. Sbb tu aku rasa macam nak jadi veterinarian, dan tubuhkan "Hospital Haiwan". Aku nak buat hospital besar, mcm hospital betul punya. Jika Allah mengizinkan, inshaaAllah akan tercapai la niat aku tu. Lagi satu, aku pantang jumpa kucing atau anjing yg mati tengah jalan mesti aku nangis. tak tau sbb apa, hehe. lembu pun sama, kalau aku nampak lembu kena sembelih, ayam ke . mesti aku nangis, kalau ikan aku mati ke apa mesti aku nanges, dan segala binatang aku akan menangis, huahaa. mmg aku nampak kasar, sebenarnya kalau berkaitan dgn haiwan, pasti aku tewas jugak dan akan jadi lemah lembut !. untunglah siapa jadi suami aku nanti, hahahak.


Agaknya kalau aku jadi doktor haiwan, setiap kali patient aku kucing atau anjing yg mengalami kecederaan mesti aku akan menangis apa lagi kalau haiwan tu mati :'( sobsob , hehe. k guwa cau dulu, nak pergi kenduri di penang lagi -,- . Assalamualaikum ~ adios 

P/S ; barangsiapa yg takut akan haiwan terutama sekali kucing, biar anda takut tapi berilah makanan apabila diorang mintak ye ? , kesian la dkt diorang. diorang tak ada duit nak beli makanan. jangan kedekut , kalau korang takut nak kasik, buang je makanan tu jauh-jauh dkt pokok ke apa ke. Percayalah, kucing dan anjing adalah haiwan yg baik. Diorang sentiasa doakan kita, sekiranya kita  berbuat baik dgn diorang. InshaaAllah.


Obesiti terlampau, huaha


Alahai banyaknye kucing ~


"berilah saya makan" ~ jilat bulu


"Hak bermain Hak kami !!"



"Hua, boring bhai"




No comments: