New Life will begin


Assalamualaikum, al kisah di mana hari 19 Disember 2012 *cerita dah lapuk* adalah detik manis atau pahit dalam kalangan pelajar PMR, dan salah seorangnya ialah saya ! ehh dapat berapa A ?, haha shut up -__- target untuk dapat 9A melepas, dan aku hanya mendapat * A * B. Korang fikir-2 la sendiri. Bukan tak nak kasitahu tapi entahlah. Buat apa nak bangga kalau dapat results macam tu kan ?. Tapi alhamdulillah takde Abjad c,d dan e dalam slip aku. Praised to Allah. Even aku rasa aku dah buat mak ayah aku kecewa tapi aku akan usaha lebih gigih dan teruskan perjuangan ku dalam SPM yang akan datang pada tahun 2014. Okay tak lama dah. sekarang dah akhir bulan 2012, tahun depan 2013 dan seterusnya 2014. Sekejap je, cuma dua tahun.Tahun depan takde istilah "Honeymoon" "Relax" dan seangkatan dgnnya. Serious aku jeleous, sedih tengok kawan-2 lain dan anak-2 orang semua dapat 9A,8A,7A. Siapa tak nak weihh dapat 9A dan membanggakan ibu ayah, guru-2 dan sekolah.Aku sedih sbb tak dapat membanggakan ibu ayah aku. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu  ini ya Allah. Tahun depan aku dah semangat nak belajar dgn betul-2. Takde nak main-2 , kalau kawan-2 ajak bersembang aku akan lari. Aku kena usaha dari awal-2. Kalau aku tak faham apa pelajaran yg cikgu ajar, aku akan cepat-2 jumpa cikgu tu. Dalam kelas aku nak focus 100%. Tak macam dulu, cikgu ajar , aku duduk main-2 . Mana tahu suatu hari nanti, aku la pelajar harapan sekolah ! dan aku akan dapat kejayaan dalam SPM , inshaaAllah. Aku akan buktikan kepada kawan-2 aku yang dapat 9A,8A,7A tu aku pun boleh buat lebih apa yg diorang dapat. Mulai saat nie, aku dah mulai semangat ! semua buku-2 yang tak penting dan benda merepek yg berada di atas meja study aku , semua aku buang. Aku akan jadi lebih matang seperti tingkatan 4 dan 5. Dulu aku belajar di ruang tamu, dan langsung tak sentuh meja study aku. tapi skrg, aku akan gunakan, haha. Skrg hanya tinggal kamus, buku ilmiah . haa amek kau. Aku kdg-2 confius jugak , nak pindah sekolah ke tak nak? , tapi kan aku takutlah tak biasa dgn suasana baru. Nantila aku fikirkan. Tapi aku mmg nak amek SMRA dan STAM, tp kalau SPM aku mmg dah straight A dan ada tawaran lain datang,,aku akan pertimbangkan nak amek ke tak STAM tu. Kla tak larat nak type panjang-2. Semoga tahun baru nie aku lebih bersemangat dan teruskan perjuangan aku untuk SPM ! inshaaAllah :) New life ~

1 comment:

Momok Gemok said...

hoi.. bpe A weh? tell me