Sekolah ~ Aku datang !



Good night ! penatnya,,,aku baru balik dari kenduri kahwin di pinang. siapa pengantinnya ya ? aku la. ehh cehh nak kena tarik telinga dgn ibu aku agaknya, awal lagi kot nak kahwin ! SPM pun tak lepas lagi ada hati. aku mana ada calon lagi, sapa nak jadi calon ceq ?? sila angkat kaki. haha melawak je , aku tak suka couple. biarlah nanti lepas Universiti aku cari lerr calon aku ya..Okay skrg aku nak update pasal universiti ehh silap sekolah lah. ye anak-anak, selasa ni bagi negeri utara esp negeri aku, kedah sekolah dah hari selasa. korang bila ? aku tahu ramai orang sekolah dkt negeri sembilan, kl,melaka,perlis,perak dan blabla, tak macam aku. sedih :'( tapi best apa , kami pi sekolah awai , cuti pun awai. hahahak. 

benda yang first sekali, mesti kena bangun awal kan ? arghh leceh la. malas betul, aku mmg malas nak bangun awal dan mandi awal-awal. even rumah aku ada air hujan panas ,tapi aku tetap malas. sampaikan ibu aku kata "Hang ni kambing ka pa ?" hahaha. entahlah ehh taurus tu kambing ke lembu ? memang betul la kot aku punya bintang pun taurus, lembu ke kambing ke aku hentam saja la ea ? dua-dua takut air macam aku. second, homework. haha, aku paling benci nota nota nota. aku biasa salin je sebijik sebijik dari buku teks, sampaikan cikgu cakap "Ni buku teks ka buku nota ?" *baca ala-ala utara ya*.  tapi tudia lah manusia ni tak reti bersyukur, bila dah sekolah mula gedik kata cuti lagi best, bila tak sekolah gatal nak belajaq balik. akula salah seorangnya, haha. k tak lawak langsung -_- . ohh ya ? ni tips sebelum anda kembali ke sekolah ye ! check tau ! jangan tak check.

1.Baju  
aku tak beli baju,tudung,kain semua sbb aku tak nak menyusahkan ayah aku,pakai je yg lama, yg lama pun elok lagi. lagipun aku pengawas so tak ada la comot mana pun baju tuh. yuran sekolah pun dah mahal RM300 lebih untuk aku sorang je. Oh ye ! korang kena lah basuh tau yg mana still guna yg lama, jgn bila dah nak sekolah baru kalut nak masuk dlm washing machine . yg mana bau kedai tu *baru* sila buang tanda harga ! hahaha. jgn lupa iron tau ! jangan tak iron pulak. barulah nampak kemas dan segak sikit kalau iron baju :P. Pastikan nametag korang ada ya ! *memandangkan aku pengawas* hekhok.

2.Kasut
Aku pun tak beli kasut, sbb sebelum PMR ayah aku ada beli kasut. masih baru lagi, buat apa nak beli yang baru, membazir je. yg mana guna yg lama, sila kapurkan kasut anda dan basuh sekali. jgn letak kapur je basuh tak kang pengsan pulak kwn sebelah kau. yg mana bau kilang lagi *baru* tak payah risau just letak tali bagi elok, sbb kasut tu baru lagi . korang pun tak pakai lagi pergi jalan-jalan.

3.Stokin
Stokin pun aku guna yg lama, haha apa aku ni ? semua guna yg lama. ehemm bukan apa kesian tengok ayah aku guna duit banyak-banyak even aku je yang sekolah lagi. lagipun stokin aku banyak giler, penuh satu almari. aku pengawas ~ lalala. korang kena check tau stokin ! kang partner dia tak ada pulak, tak pun sebelah kaler lain, sebelah kaler lain. haa tudia mula korang kalut nak cari nanti. yg stokin baru tu, letak je sebelah kasut baru korang tuh. biar senang nampak dan cari. kang esok pagi nak sekolah, menangis pulak cari tak pun nanti mak korang buang dlm tong sampah, huaha.

4.Buku
Siapa dah beli buku latihan dan nota ? angkat hidung ! haha, aku belum lagi lahh . bukan tak nak beli, tapi ayah aku ckp bukak sekolah nanti baru beli. aku sorang je apa, yg tak beli lagi buku latihan semua kwn aku dah beli, nanti masuk kelas terus kena berleter dgn cikgu sbb tak beli lagi. buku teks ado ? , aku tak dapek lagi sbb cikgu aku ckp tahun dpn diorang baru nak kasi. kalau korang dh dapat, sila pastikan buku korang berbalut dan bernama. kalau belum, pergi kedai buku dan beli pembalut. kalau tak reti balut, suruh ler mak,ayah,abang atau kakak korang. 

5.Alat Tulis
Yuhuu ! mesti korang beli alat tulis baru kan ? pen baru pensil baru pemadam baru semua baru kan ?. sama macam aku , pencil box pun aku beli. hahah, bukan apa baru ler semangat sikit betul dop ?. pastikan sebelum masuk tidur tuh *katakan esok nak sekolah* letak siap-siap pencil box dan segala mak nenek dalam beg korang. jangan awal pagi baru nak cari pensel la apa lah. nanti ada yg tercicir, haa dah tu nanti kena pinjam dkt kawan. Tak kisah la alat tulis baru korang tu baru ke lama ke yg penting kena letak jugak dlm beg. 

Okay tu je yg dapat aku kasi tips awal persekolahan. alaa, tak sampai pun 10 kan ? boleh la tuh. benda yang wajib kita mesti alert !. Semoga korang bersemangat ke sekolah dan belajar rajin-rajin ! begitu aku jugak. on 2014, SPM daaa. tak sangka aku dah jadi senior tua di sekolah aku tuh, ishh aku tak suka adik-adik.haha. jumpa di entry yg lain ! Assalamualaikum ~

No comments: