Kawan :)




Hai korang semua ! rindu tak aku ? hehehe, aku rindu korang tahu tak dan blog aku yang usang ni. kesian blog aku kan ?, sorry sangat. bukan tak nak update, tapi terlalu sibuk. kalau free pun, ayah aku conquer komputer -,- , nak online laptop ? taubat aku tak online dah. laptop kena simpan balik dlm beg dia. malas aku, haha. lagipun homework banyak, tinggi mcm gunung kinabalu, okay tipu. tapi betul lah kan ? kalau susun ikut subjek, boleh nampak tingginya homework aku tuh, okay aku merepek dah. lagipun aku kan sekolah aliran agama, so bab menghafal ni memang padat dan banyak lah, aku rasa otak aku tak boleh nak masuk. setiap kali ustazah-ustaz masuk , "Nanti, hafal ni, hafal tu" kalau tak hafal, kena duduk bawah meja, kena berdiri dah sebagainya, serik dah woitt !.. tapi kekangan masa tu yang membuatkan aku duduk bawah meja =.= , okay jangan gelak !. pergi tuisyen kan balik lewat, nak kena siapkan homework lagi, kalau balik dari sekolah , biasa aku tidur dulu dan solat asar, hehe penat lah.  so korang jangan lah kecil hati atau tertanya-tanya aku pergi mana ? tak update blog. kena faham la ye ? sibuk kalah PM najib, hekhok.

Okay, sebenarnya cerita ni dah basi tapi tak apa , aku tetap nak cerita jugak. hari ahad baru-baru ni sekolah aku buat sambutan maulidur, best lah. sorry tak dapat sertakan gambar, sebab semua di laptop. dan hari ahad tu juga, kawan sekelas aku. iaitu zaid. dia datang dan bawak kan cheese cake untuk kitaorang, dia nak pindah pergi kisas ! okay sedih tahu tak. sekelas dgn dia sejak form 1 hingga form 4, tiba-tiba kawan tu nak pindah, agak sedih. aku sampai menangis, sekejap je lah -,- . dia tuh jenis tak layan perempuan sangat, bagus lah ciri-ciri dia. agak pendiam tapi pandai, dapat 9A . dan dia mintak kisas, dia dapat sana. jauh tu dia sekolah, dari kedah ke kl , memang lah rasa dekat tapi jauh jugak kan,. 4 jam tuh nak sampai, ayah dia dah tak ada di alam fana ini :'(, tahun lepas time hari raya haji, ayah dia pergi. arwah ayah dia mcm pibg macam tu, terkenal la jugak , prof. aku baru tengok je petang tu, tuptup kawan aku messege kata yang ayah zaid dah tak ada, okay sedih sgt. bersyukur sbb aku ada ayah lagi. tapi tak apa, zaid pandai , ayah dia mesti bangga dgn dia :).. sorang lagi pindah gak, azmeer. dia pindah p teknik. sedih ! pindahlah hampa . okaylah tak ada apa dah kot, aku beredar dulu. salam ~

To zaid (macam lah dia boleh baca) : semoga hg dpt belajar di kisas dgn elok , kami kelas 4fb agak sedih kehilangan hg, kita dulu belajaq kelas sekali, tiba-tiba kehilangan dua orang kawan, hg dgn azmeer. sedih jugak ! walaupun hg tak ckp sgt dgn perempuan, tapi kami semua dah anggap hg mcm adik beradik dah. jangan lupakan kami semua di sini ! belajaq elok-elok, semoga hg dapat sesuaikan diri. terima kasih beri cheese cake tuh :) kami tak dak bagi apa-2 pun dkt hg. satu ja aku nak kata, arwah ayah hg mesti bangga dpt anak mcm hg . jangan sia-siakan :) 

No comments: