Oh Mak Kau ! Tuisyen sudah :O




Malam ini bermula la episod pelajaran aku, huaha. tuisyen sudahh ! kelas start hari ni dalam pukul 9 :3, miow. mengantuk ! haha. ni kehendak aku, bukan ibu ayah aku yang mintak. 

sbb apa aku mintak ? sbb aku nak try, dulu aku tak tuisyen pmr aku tak adalah gempak mana pun, setakat A B A B A B A B B. see ? korang dah tengok kan ? itulah results aku, cukup makan je. tahun sebelumnya aku tak pergi tuisyen, kononnya aku dah terer. konon. padahal tonggek jugak. so aku nak try pergi tuisyen awal-awal tahun. 

sebelum naik form 5, aku nak prepare. tak nak tunggu tahun depan mula nak kalut cari tuisyen, baca buku dan sebagainya. setengah orang boleh belajar sendiri, dan dapat tangkap. aku ni perlu berguru, sbb lain yang ditanya, lain yang aku jawab. haha, suka faham kot lain

 lagi satu, aku ni tak pandai bahagi masa. aku suka ke hulu ke hilir dalam ruang tamu dan bilik aku, bukan nak belajar. kadang-kadang online. kalau aku pergi tuisyen tak ada la buang masa sgt, buang masa pun untuk belajar kan ? dari bermuka buku lebih baik buka buku. harap aku dapat buat , stamina aku kuat lah ! 

sbb pagi kena pergi sekolah, balik tengahari. tuisyen kadang-kadang start petang pukul 6 atau malam. kena buat homework siap-siap , dan iron baju. kejap lagi aku kena pergi, dekat je pun tuisyen tu. 

kalau la aku ada lesen boleh bawak motor, tak perlu susahkan ayah aku hantar aku dan ambil.skrg homework dah siap ! ayat al-quran dah hafal sikit, sbb ustaz nak dengar esok. aku ni budak sekolah agama kalau korang nak tahu, tapi aku tak adalah warak alim. pakai tudung pun melepasi dada la yang penting. tak ada pakai purdah dan tudung labuh sgt macam ustazah. inshaaAllah aku teringin jugak pakai purdah.

 okay i've to go now, see you on other post. aku tak akan bazirkan duit ibu ayah aku. kehendak aku untuk tuisyen, aku kena buktikan yang aku akan berjaya, inshaaAllah. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hariku, amin. Assalamualaikum :)

3 comments:

Hatim Al-Najmi said...

Sampai hati tak tag? Hahaha *Ambil buku tutup muka..

dikna said...

Tak tag apa ?

dikna said...
This comment has been removed by the author.