Sekolah :DD



Hi ! ;) selamat kembali ke sekolah terutama buat warga negeri kedah,terengganu dan kelantan, sekolah awal tahun baru weih :D , suka-suka ! haha. tapi bagi negeri yang banjir tu kesian la, tapi dapat cuti la eak. esok bagi negeri-negeri lain mesti sekolah. hehe selamat kembali ke sekolah jugak !. 

Okay macam mana aku hari ni ? , okay alhamdulillah. awal-awal pagi dah gelabah, bangun pukul 6:10 pagi -,- , tak sedar bunyi jam. ish-ish, maybe aku tidur dlm gelap biasa aku sentiasa bukak lampu.  lepas tu on the way ke sekolah, lapan traffic light buat lampu merah dkt aku, fedup jugak lah kan. orang dah la nak pergi awal, nak cop tempat traffic main-main pulak dgn aku. nasib baik aku suruh kawan-kawan aku jaga, haha sampai 3 orang aku suruh cop. Alhamdulillah aku masih kelas yang dulu ni, 4Fb :). Aku duk sebelah bff aku shazwani, dia la yg jaga. tahun lepas punya lepas pun duduk dgn dia jugak, haha. tak berpisah. tapi maybe dia akan pindah sekolah lain.sebelah aku pulak bff aku jugak , tapi laki . asyraf . aku duduk dkt dgn lelaki lah, tepi aku. anyway thankyou to my friend, shazwani , syamimi and atikah :). tanpa hampa, aku duk tempat paling belakang rasanya.

 Lepas baca Quran dkt dewan, penolong kanan buat perhimpunan. arghh, hari first dah ada perhimpunan, hei ini bukan hari ahad ! haha. yela diorang nak alukan budak baru , my junior. serious aku tak tengok pulak junior baru aku tahun ni, aku tak perasan mana satu form 1 , lol. aku ingat muka je, nama tak pun. 

Ustazah semua masuk tapi tak belajar lagi , sbb ustazah semua nak explain nak guna buku apa, macam mana pelajaran dan semua lah. aku tak beli lagi buku latihan kan ? , aku dah beli time rehat dkt koperasi. ramai gila beratur , ingatkan aku sorang je tak beli lagi.Dalam koperasi tu sorang cikgu dan dua pelajar form 5 agihkan buku latihan, aku kena dkt sorang budak form 5, err nama dia aidil , dia boleh la ramai orang gilakan dia, aku tak ea !. kebetulan ada budak junior tegur aku, dia skrg pengawas dan form 2. perempuan lah, abang dia dulu pernah sekolah sama tahun lepas form 6 , skrg dah keluar.  Dia ckp , "Tu abang akak ka ?" tunjuk mamat tu pulak tu. Aku jawab balik "Takla, awat ? nampak sama ka muka ?", *lain gila kowt, ada seiras ke ?, aku tak pernah jumpa seiras aku . Dia kata "Yaka ? ingatkan abang akak, sbb nampak mcm sesuai" , lol sesuai pulak ? tadi ckp mcm nak sama. hahah, kalau sesuai tak silap aku, mcm padan la dgn dia. hishh,tak nak aku dgn mamat tu. dah la dia pakwe akak senior aku yang pindah, dan akak senior aku tu rapat dan baik jugak dgn aku. gila aku nak ambil, haha. kalau aku cerita dkt akak tu, mesti dia jeolous takpun gelak. tapi aku rasa adik tu ckp sbb muka aku nak sama dgn mamat tu. yeke ? tak ada orang lain cakap pun aku sama mcm budak laki tu. 

Korang tau tak ? aku tak makan pun time rehat, ramai gilo , biasalah dah lama tak jumpa kantin so rindu la tuh. dahla breakfast tadi aku minum susu je, tengahari minum air masak. balik rumah terus aku melantak nasi, haha. lepas dah rehat tuh, kawan-kawan suruh aku tanya cikgu bila nak dpt buku teks ?, okay aku jugak. banyak jasa aku dkt kawan-kawan aku tau ! cuma diorang je tak reti nak balas jasa =.= . aku pergi la tanya cikgu, lepas tu cikgu suruh aku pergi ambil dkt bilik spbt dan agihkan kepada kelas aku. aduhai tak larat kowt ! kelas aku dkt atas, bilik tu dkt bawah. last sekali , aku panggil diorang turun bawah dan bagi. tapi diorang tuh, bila aku panggil tambah-tambah budak laki, mak aii lamanya nak turun . terpaksa aku naik atas balik pergi panggil diorang, ada ustazah dlm kelas pun takut nak keluar, lol pergi la beritahu yg kena ambil buku teks. terpaksa gak aku pergi ketuk pintu kelas dan panggil diorang sekali lagi, banyak kali jugak la budak lelaki aku pergi panggil tapi tak turun-turun.

 Lastly, aku rasa macam dah kurus sikit, haha lemak aku dah kurang. yela, turun naik turun naik. sakit lutut , belakang semua ada . lenguh sana sini. budak laki ni memilih buku rupanya, nak ambil yang lawa-lawa semua, yang buruk satu pun tak ambil, mengada la. aku mmg mula naik angin , dah la penat naik turun tangga, diorang duk buat hal. orang lain ramai lagi tak ambil, jam pun berjalan. budak perempuan senang je handle, tapi mula-mula tu pening jugak la sbb budak perempuan kelas aku semua serbu masuk dlm bilik sbpt. ingat nak panggil 5 orang macam tu, last sekali panggil semua turun kan senang. 

Agak penat jugak hari ni sbb agihkan buku teks, padahal aku nak suruh orang lain. tapi semua ckp tak nak ! . tapi tak apa aku dah tolong cikgu aku, lagipun aku ni pengawas, tugas aku adalah membantu. nanti di akhirat , Allah tanya aku. Apa-apa pun semoga hari esok lebih baik dari hari ni, Amin :). dan aku sentiasa bersemangat nak belajar hingga mendapat kejayaan !, amin. 

Good luck kpd sesiapa yg sekolah esok, oh ya maaf k sekiranya aku tak dapat blogwalking blog korang atau follow balik. sbb skrg ni aku sibuk dgn balut buku teks, latihan semua. tak ada masa nak terjah, inshaaAllah aku akan follow balik tapi lambat sikit time hujung minggu ke ye. jangan risau aku akan singgah blog korang , cuma skrg sibuk sgt. sampai tak menang tangan. kalau aku rajin atau ada masa, aku akan update lain. kita jumpa di entry lain ~ assalamualaikum !

No comments: