Sibuk memanjang



Hai semua ! huaa dah lama guwa tak post dan terjah blog korang kan ? al maklum spm tahun 2014 so kena usaha lebih sikit, dari tahun ni dah start pulun bak kata orang utara. macam mana ? sihat tak korang ni ?

Aku sihat dan badan semakin tembam je aku tengok, haha padahal duk ulang alik pergi sekolah dan tuition tapi tak ada apa perubahan yang berlaku pada badan dan pipi tembamku, sob sob.saya nak kurus mcm lidi !

Tapi aku bersyukur lah, badan aku sederhana , tak ada kurus dan terlalu tembam sgt. molek-molek gitu, kakah. comel apa kan ?.. okay sangat perasan. 

Ni aku nak buat pengumuman sikit, aceh mcm lah aku ni jadi ketua pengawas dkt sekolah kan ?. aku jadi bendahari pengawas lah ouls, arghh duit ! :DD i like it. haha, tapi kena jaga elok-elok duit tu, kang hilang payah pulak kena ganti. 

Korang nak tahu tak ? crush aku err i means ex-crush maybe jadi ketua pengawas, aku dah dapat agak dah mesti cikgu akan pilih dia, dia seorang je yang nampak mcm pemimpin, ohh itu crush aku kah ?, hehe entah dulu kot, sekarang aku cuba hilangkan perasaan minat terhadap dia, payah la sbb sekolah kan kecil, jalan-jalan nampak dia pulak, baru nak lupa ingatan dia muncul. bila aku tengok dia, dia tengok aku. mau tak minat balik, huaha. okay lupakan ! spm adalah crush aku skrg ! oh my spm

berita terbaik, kawan aku yang syamimi dapat masuk balik ke kelas aku, dia nak ambil akaun. alhamdulillah, semoga dia dapat mengikuti akaun. weih serious akaun nampak best ! , haha mula-mula je aku rasa. ekonomi pun macam senang tambah-tambah add math, huu i like it. semoga mudah selalu ! 

sorry ye, aku tak dapat terjah korang mcm dulu-dulu, memang sibuk sgt . setiap hari pagi petang malam tuition, esok pun ada. biasalah budak pandai :D haha. along aku balik rumah hari ni, dia tidur rumah aku. ehh rumah ibu ayah aku. esok dia nak pergi main bowling ! ohh along nak pi gak ! tapi forget it, esok tuition.

okay jumpa di entry yg lain, assalamualaikum ~ Bye

No comments: