Suaraku.




Good night , have a nice dream. jangan lupa baca doa dan basuh kaki ;) kang mengigau pulak. Alahai, tadi aku test baca skrip pasal juruacara perhimpunan ahad nanti, suara aku macam budak lah, tak matang =,= . aku record guna handphone, bila dengar balik. arghh macam budak baru nak masuk 6 tahun ! apa ni ? aku dah form 4, tapi suara aku macam budak-budak. malu jugak la, kang aku pegang mic bunyik macam budak macam mana ?, sumpah lawak.nak buat suara kasar kang jadi katak sumbang pulak. payah la, begini la suara aku kalau natural macam budak-budak. orang lain bila cakap semua matang, aku je tak. apa masalah suara aku ni ?, bila nak berubah menjadi remaja ? muka macam orang tua tapi suara macam baby, selama ni aku duk call orang, aku tak sedar pulak suara aku macam budak. tapi bila aku record dan dengar balik, ya Rabbi , aishh macam kanak-kanak ribena !, nampak sangat macam budak darjah 1. ohh tidak, hari ahad ni aku jadi pengacara yang bersuara budak. dah la aku jadi senior, lepas tu suara macam hurmm. tapi bersyukur kpd Allah, sekurangnya aku masih boleh bercakap dan ada suara, dibandingkan orang bisu. tak apa lah, maybe aku ditakdirkan suara macam budak, aku boleh menyamar jadi budak darjah 1 :D dan aku awet muda, hahak. doakan aku ye semoga semua berjalan dgn lancar ! okay Assalamualaikum, goodnight

No comments: