Crush adalah normal bagi Remaja


Hello semua, hehe. aku tahu korang kalau bab crush atau cinta-cintun ni,korang memang laju. kan ? kan ? mengaku lekas. aku pun sama lah, laju kalah KLIA train. Korang ada crush tak ?. haha, seseorang yang korang diam-diam minat, alahh orang tuh tak tahu pun korang minat dia. kesian giloss, hehek. dulu aku kurang arif pasal maksud crush, aku pergi google translate , pakcik google kata hancur. pergh, tak kanlah orang sibuk ckp "hancur,hancur". perkataan crush ni tak silap aku famous di twitter, naik trending. thankyou to my friends, sebab dia lah aku dapat tahu makna crush. rupanya kita minat dia dlm diam, tp dia tak tahu pun kita minat dia. 

Kalau dulu-dulu orang sebut "bertepuk sebelah tangan".kau tepuk-tepuk pun memang tak bunyi,haha. kau hanya tepuk angin je, mana lah nak bunyi. sekarang orang tak sebut dah benda alah tu, sekarang C.R.U.S.H lah tak main lah tepuk-tepuk ni, haha.


JATUH HATI KEPADA ORANG YANG KITA TAKKAN PERNAH MILIKI

Fuhh ayat, macam pasrah je ?. hahaha. not me lah, sumber blog lain.tapi kadang-kadang bila fikir balik, betul jugak ea. kita dah lama admire orang tu, tapi orang tu tak pernah pun perasan kita , arghh so stress. haha, tapi orang perempuan ni cepat perasan, betul tak kaum hawa ? :DD . 

Katakan seorang lelaki yang korang idamkan selama ini lalu depan korang, bagi korang, lelaki tu macam senyum-senyum atau tengok korang. korang pun akan mula syok kan ? dan anggap lelaki tu minat korang,lepas tu mulalah perasan gilos. haha, padahal belakang korang tu ada makcik sapu sampah, hewhew. lelaki tu senyum lah, mcm berbudi bahasa.
See,setuju tak ? haha. Aku tahu lah, aku pun pernah alami mcm tu, aku kan kuat perasan ! pantang lelaki handsome ke tengok aku, mulalah angan. padahal lelaki tu tengok je pun, dalam hati dia pun tak ada nama kita. satu lagi crush ni mcm menyakitkan hati bila ada orang lain minat crush kita, apabila seorang kawan korang atau sesiapa yang korang kenal atau rapat, dia ckp macam ni "wei,aku minat gila dgn budak lelaki tu". budak lelaki yang kawan kita maksudkan tu adalah CRUSH kita, mau tak jeolous naik hantu semua ada. tapi bagi aku, aku redha je. Rezeki,jodoh dan maut itu adalah urusan Allah. kalau ada jodoh tak kan ke mana lah, lari pergi mana pun akan bertemu jua. sebab tu aku pasrah je, hehe. ada jodoh, adalah. kalau tak ada nak buat macam mana. mana boleh nanak dia jugak ! tak baik oo mempertikaikan urusan Allah. 

Yang bestnya, kalau kita admire seseorang tu, tak sangka pulak orang yang kita admire minat dkt kita jugak. hehe so sweet, tapi kalau dah dua-dua diam, sampai kiamat lah tak tahu dua-dua saling meminati. haha, tapi aku lebih suka diam dari heboh-heboh. kalau heboh, nak kena couple. aku tak suka sgt couple. aku tak tahu lah crush aku minat aku ke tak, dia ada beri signal mcm tengok aku dan sebagainya tapi aku tak naklah perasan nak mampus. macam teacher sains aku ckp pasal kelenjar dkt pinggang tu :
"pernah tak kalau kamu jumpa orang kamu suka , kamu berdebar-debar ? ini bermakna kelenjar kamu tu blabla..."
kami semua pun angguk-angguk. hehe pandai teacher !.

Konklusinya,bagi aku biarlah Allah yang menentukan jodoh kita. kita hanya merancang tapi belum tentu itu jodoh sebenar kita.. mana lah tahu kita suka dkt seseorang tuh, tup tup ada lelaki lain kita suka. itu bermakna jodoh dgn lelaki sebelum ni tak ada. Bercinta lepas kahwin lagi best lah, baru lah indah dan bahagia dari orang yang bercinta sebelum kahwin. tak percaya ? tengoklah cerita Setia Hujung Nyawa, Vanila coklat. Diorang tak pernah bercinta pun, tapi lepas kahwin . indah dan sweet je sampai kita terpeleot tengok cerita tu, haha. even berlakon je, tapi sebenarnya tanyalah orang yang pernah alami. aku belum pernah kahwin ea !. berdasarkan kajian, hehek. aku tak layan sgt cerita setia hujung nyawa tu, tuisyen lah ! :'( tapi kawan-kawan aku selalu datang cerita , tapi nampak best !. tapi sebelum bercinta dgn manusia, bercintalah Allah dan Rasululllah dulu. barulah bahagia di dunia dan di akhirat (: i have to go now, see you next episode ! .panjang gila entry kali ni,,bye ! assalamualaikum ~

Have a nice day with your crush ,haha
P/s : aku sering berubah-berubah crush ! sbb pantang nampak handsome, minat yg tu. alaa bagi k-pop fans mesti macam tuh lah kan ?, ada artis lebih handsome korang akan tergilakan yang tu pulak. tapi skrg, aku ada satu je crush. tapi aku cuba nk lupakan, demi pelajaran dan junior aku yang minat sama crush aku tuh, hurm . ayat pasrah, hekhok


Mr.F fall in love with me please, hahak. gedik ! 



2 comments:

Mashitah kamaura said...

Hahah,same la tapi sy suka die sbb tiba2 bkn sbb die handsome,tp sbb ms mula2 msk sklh,sy tgk die and rs suke tp sy x hiraukan sbb mungkin tu cume prasaan utk sk kwn tp bile dh tgh2 thn tu mcm bln 7,8,9,etc tu rs mcm suke btl2 plak tp die mmg dh tau sbb bff aq tu mulut tempayan skit pegi bg tau bff lain die,jd heboh la satu class smpi beberp cikgu pun dh tau.

Mashitah kamaura said...
This comment has been removed by the author.