Kehilangan seorang rakan baik :'(

             

*masa form 2* Gelap akibat kawad

wah ! lama gila aku tak update. alasan aku adalah satu ! SIBUKKKK ! haha.

Hurm, sedihlah ouls. Minggu depan hari ahad, bestie aku (bff) Shazwani akan pindah dari sekolah, alahai :'(. Selama 2 tahun 2 bulan aku duduk sebelah dia dalam kelas, dari form 2 hingga form 4 sekarang.

Dengan dia lah, aku kongsi masalah aku, pelajaran, cerita yang mengarut dan perasaan. Siapa tak sedih wei kawan nak pindah ?, kawan rapat pulak tuh.

Dia dapat sekolah smkak, dkt alor staq. Kalau tak dapat pun, dia kata dia nak pindah gak. Sbb dia nak ambik pure Science. Dekat sekolah aku tak ada Bio,Fizik dan Kimia. yang ada , Akaun dgn Perdagangan je. Aku ambil akaun. Dia cita-cita nak jadi doktor sbb tu dia nk ambil pure Science. Aku pun dulu nak jadi doktor tapi memandangkan results PMR aku dulu tak lah hebat mana pun

Kalau aku minta sekolah, maybe aku dapat tapi aku dapat bahagian sains teknikal. Sains TEKNIKAL ?. sorry tak beberapa minat bab-bab teknik. Nanti aku masuk sains teknikal kepala aku blur. 

Dia dapat 7A 2B, okay lah tuh. Nanti dia pergi sekolah sana, dia jumpa anisa. Ada post aku cerita pasal anisa tuh, dulu dia dpt maktab mahmud lepas tu dapat sekolah tu pulak. Aku rasa mesti bff aku tu rapat dgn anisa.

Semua pakat-pakat pindah, yang mana pandai-pandai. Aku pandai tapi suka main-main, okay perasan !. Eh betul apa ?. Alhamdulillah , sekurangnya aku pandai sikit. Aku memang nak ambil SMRA tahun ni. Tapi kena banyak menghafal sikit lah. Tak apa, untuk tahun ni je. Tahun depan, SPM :). So aku kena buat elok-elok.
Cita-cita aku sekarang kena berubah lah, dari doktor ke polis dan sebagainya. Akhirnya, aku ingin menjadi pensyarah. Harap sangat aku dapat capai cita-cita tu, walaupun keinginan untuk menjadi doktor tak dapat ku capai.

Mulai hari ahad ni, aku akan duduk sorang-sorang . tak ada partner :') mesti rasa kosong, sunyi je. Kawan-kawan lain semua ada partner. Aku dah tak ada kawan nak luahkan perasaan. Apa-apa pun, semoga hang berjaya wani, inshaaAllah suatu hari nanti kita akan jumpa di Universiti. Amin

1 comment:

Saleh Imran Color Network said...

jom photoshoot di putrajaya

http://salehimrancolornetwork.blogspot.com/
(promosi hebat - pakej fotografi)