NetBook ?

*lebih kurang ler*


Assalamualaikum :). Wahh bestnya hari ni, semua kawan-kawan aku dapat netbook 1 Malaysia. Hee, aku dapat tak agak-agak korang ?, hurm tak dapat lah. alahai, sedihkan ?. tak ada rezeki la tu, tak apa aku beri laluan kepada orang yang berhak menggunakannya. Dulu aku pernah isi borang netbook tuh, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Tahun ni, isi borang je terus dapat. untung lah ye siapa yang dapat tuh, ramai tau sekolah aku dapat. Dekat 100 lebih pelajar dapat. Aku tidak tergolong rupanya , hehe. aku tak layak kot ?. padahal gaji bersih ayah aku kurang apa dari 3k lepas pencen polis ni. Ke sbb polis dah dinaikkan gaji semenjak kes ops Daulat lahad datu , gaji polis dan tentera naik ?, hehek aku tak tahu lah ayah aku punya gaji naik atau tidak. Nama pun pesara kan. Tadi aku tengok lawa jugak lah netbook diorang, argh jeolous ! hitam semuanya. Jenama intel tapi tak tahu depan dia dorumi apa entah. Smart gilerr. ada lambang 1 Malaysia kowt , hee. biasalah kan dah nama pun bantuan, tak sah kalau tak letak lambang tu. Cikgu aku cakap mana tahu tahun depan ramai lagi dapat, inshaaAllah. hehehe, aku nak jugak ! padahal dkt rumah, laptop yang simpan bawah katil tak guna sangat pun. Tapi sayang, broadband kena beli sendiri. hehe, larat kerajaan nak bela kalau bagi setiap broadband sorang satu. Mesti pakat online je tak belajar kan ?. Okay aku tengah lapar sekarang, chauw dulu ~ salam.

#kalau dapat Ipad lagi best kan ? tak pun tablet . Harap tahun depan dapat windows 8, boleh touch-2. Heheh

No comments: