Pening kepala den





*muka pun penat dah




Assalamualaikum :) bertemu kembali.

Straight to the point, aku rasakan cuti sekolah seminggu ni tak cukup buat aku. Rasa macam kerja banyak sangat nak kena buat.Korang pun tahu kan aku tuisyen, boleh dikatakan setiap hari aku ada kelas tuisyen. Nak ponteng, no no no. Beratus ringgit ayah aku bayar, suka hati je nak ponteng. 

Dan sekolah aku pulak kalut nak buat exam azhari (agama) lepas cuti ni. I means, minggu yang kedua bulan April ni. Macam stress je kan ?. Dan minggu ni jugak kalut nak prepare kenduri abg cousin aku yang gambar dia diatas tu, dia tengah tulis dan kitaorang bincang pasal kenduri. memang kalut gila, nak bungkus coklat lagi , nak balut itu ini. Potong sana sini. 

Bukan senang nak buat kenduri, kahwin memang senang kan ?. Tambah pulak cousin aku tu lelaki, of course bab-bab kenduri ni dia tak berapa kisah sangat. Yang susah hatinya, ibu dan ayah dia lah termasuk kitaorang. Aku bungkus coklat yang beribu-ribu tu terasa sakit belakang je. Tak boleh nak berhenti langsung minggu ni,yelah hari sabtu ni dah kenduri. Sebelah pengantin perempuan selesai dah, baru sabtu lepas je berlangsung dekat Terengganu. nasib baik aku tak pergi, penat wooo ~. 

Hari ahad bukak sekolah nanti, cikgu aku nak penyata kewangan pengawas. Aku kan bendahari, cikgu minta time perjumpaan pengawas baru-baru ni. Bertambah banyak la kerja aku, sedangkan homework masih bertimbun-timbun. Dan aku perlu siapkan sebelum hari khamis. Hari khamis hingga sabtu ni aku balik kampung, nak kenduri punya pasal.Maknanya aku kena ponteng jugak la kelas tuisyen selama 3 hari nanti. Macam aku pulak yang nak kenduri.Hafal subjek untuk azhari ni tak tahu lah. Stress sangat, huhu. Okaylah aku perlu beredar dulu, nak selesaikan kerja yang bertimbun-timbun. Bilik pun tak kemas lagi, macam tongkang pecah dah aku tengok. penuh dgn kertas-kertas entah apa-apa.

No comments: