Beli Barang Keperluan

 Assalamualaikum. tadi aku pergi shopping ! alah barang peribadi dgn dapur je pun. hehek jom kongsi cerita nak ?. aku boring tahap babun ni. hehe

Pencuci Muka


Orang perempuan wajib pakai pencuci muka. Ehh wajib ke ? bagi akulah. kalau tidak dah lama naik pimples. kalau tak cuci, muka aku kalau sehari tak cuci naiklah pimples. bukan satu, banyak pulak tuh. dia beranak banyak sgt pimples tu.. Aku pakai jenama biasa-biasa je. tak ada duit gi nak beli , harapkan duit ayah mak je. kalau tidak, tak dapat lah nk beli barang mcm ni. Nanti bila dah bekerja nanti, baru boleh pakai branded sikit. ehh safi bukan branded jugak ? . memang lah ada brand. tapi kalau boleh nak tukar lain.

Sabun Mandi & Shampoo


Tengok ! ceria tak ? haha. 2 in 1 nih, boleh guna sebagai sabun dan shampoo. aku ingatlah nak tukar lah shampoo aku. Aku nak guna shampoo budak-budak punya. Sebab rambut aku ni suka sgt gugur, mcm dah tak ada rambut dah aku tengok. Botak je ~ tuhla rambut aku dah la nipis dgn gugur lagi alamat tak ada rambut dah aku rasa nanti. Sebelum ni aku guna sunsilk yg kuatkan rambut tu, tapi shampoo skrg kan banyak kimia. Aku rasa tak sesuai lah, macam-macam aku guna hasilnya tetap sama. From now, i'll change it 
tukar yang kanak-kanak punya.

Ubat Gigi


sebelum ni jarang lah aku guna colgate.biasanya aku guna jenama safi ,halagel atau mukmin tapi entah nak buat mcm mana aku kena beli jugak lah, sbb masalah aku skrg ni gusi aku suka berdarah bila gosok gigi. gusi aku ada masalah lah ouls. Huuk sedih. dulu jumpa dentist, doktor tu suruh aku pergi klinik kerajaan operate buang sikit gusi aku tuh. sbb tebal apa entah. sampai skrg aku tak pergi lagi klinik. tak ada masa la. Saja gedik nak beli ubat gigi ni, sbb dkt rumah ada lagi ubat gigi. tapi aku tengok ubat gigi ni mcm kecik je. tak puas aku tengok ! haha. nak beli sensodyne tapi tak adalah pulak

Minyak Rambut



Gunakanlah minyak safi ~ haha. buat iklan pulak. okay sebelum ni rambut aku jarang guna minyak rambut sbb tu selalu kusut je. malas sebenarnya. dulu dah beli tapi bagi dkt ayah ibu aku. diorang suka sgt pakai sekejap je dah habis. tapi kali ni aku beli sbb aku nak pakai ! kesian rambut aku tak cukup ubat. haha. zaitun ni bagus untuk kulit tau ! 

Berus Gigi

(sumber : google)

aku tak sempat nk snap berus gigi aku. haha, terus aku guna. aku pilih jenama systema, sbb aku tengok diorang ckp bagus untuk yg ada masalah mcm aku ni. Gusi aku kan suka keluar darah, tak boleh kasar sikit keluar darah. Kena pilih berus yang paling halus. lembut je.

Bedak Ubat


(sumber: google)

haha mcm baby pulak aku kan ?. bedak berubat ni sesuai untuk ruam. aku kena ruam lah, aduyai masalah jugak aih. macam-macam ada ~ rasa gatal-gatal je bila kena. so beli lah bedak ni memandangkan aku tengok kak ipar aku bagi faqih bedak ni selepas mandi. aku pun try la beli dan pakai. 

Okay tu je sebenarnya, sorrylah ea mcm sellerwoman je nak promote barang. Ehh aku memang nak promote pun, Our Malaysia' s Brands. Belilah buatan malaysia, hehek. Banyak lagi aku beli, macam-macam lah beli kalau dah pergi shopping kan. Okay lah nite ouls ~ :) Salam.
Jangan lupa baca doa & basuh kaki
Jumpa lagi ~ 

No comments: