Kawan lama :)

*muka tak boleh blahh

Hai, bertemu kembali. Aik baru je post dah nak post lagi. Relaks lah , aku banyak cerita yang terpendam ni, harap korang sudi baca even rasa nk muntah. Gambar di atas menunjukkan yang aku baru balik dari Jitra,kedah. dan selepas itu aku balik kampung, nak tolong kenduri abg sepupu aku. kiranya hari yang sama. Aku pergi kenduri kwn lama ayah aku, anak dia dah nak kahwin. Dan kawan ayah aku tuh ada anak, nama dia fadzli , aku panggil dia ali je. dulu kitaorang kawan baik di Pahang, sejak berumur 5 tahun, haha dulu budak hingusan lagi. aku main sembunyi dgn ali tu dalam bilik, baca buku dan main-main dkt luar rumah dgn kengkawan yang lain. Sejak aku dipindahkan ke merata negeri , aku jarang contact dia. Dia sama umur dgn aku tau !. dah lama sangat aku tak tengok dia, dah dekat berapa tahun dah. dulu dia ada datang kenduri along aku , time form 1 . tapi aku tengah sibuk, tak sempat nak tengok muka dia. Ali tu dia dah pindah kedah, tapi dkt jitra atas urusan ayah dia kerja dkt sini. Masa aku pergi rumah dia baru-baru ni, ayah aku duk tercari-cari mana dia ali tu, hahahak. rindu sgt dgn dia ke ayah aku ni ?.. tiba-tiba nampak dia. fuyoooo ~ muka lain gila bak hang. lain sangat ! makin handsome dah, dulu ada hingus meleleh. haha, kalau aku jadi juri, aku akan bagi 4 bintang dari 5 bintang. Dahlah handsome, tinggi lak tu . tinggi dari aku -,- . dulu aku yang tinggi dari dia ~ ahh tidak adil !. muka dia pun dah lain, tapi kenapa muka aku sama je dari kecil sampai besar ? tapi muka orang lain ada je perubahan. tapi time kenduri along dia, aku buat donno je. malas nak bertegur, malu pun ada. dah lama tak ckp, aku pun tak tahu aku panggil dgn dia apa ? , sbb kecil-kecil dulu mana nak ingat, lagi pun dulu duduk di Pahang, aku kau. tak kan nak berubah ke Aku, hang ?. Ayah aku sempat tanya lagi

Abah : ali sekolah mana la nie ?
Ali : sekolah dkt smk...
Abah : kenal dak ni farhana ?
Ali : kenal, *buat muka malu*
Aku: *buat muka masam je* tengok pun tak dkt ali tu

haha buat malu je kan ?,. yela mesti dia ckp yang aku ni sombong . bukan apa, aku memang mcm tu, kalau dah lama sikit tak tegur atau berjumpa dgn kengkawan lama, aku tak tahu dan malu nak bercakap.Haha, mesti ramai awek minat dkt dia. Nasib baik dia kawan aku, kalau tidak dah lama aku terangau dia. haha, dia tu aku anggap mcm adik jelah.

Oh ye, hari ahad ni aku exam azhari (Agama) . sebanyak 12 subjek aku kena hafal, dan 3 hari aku exam. Korang doakanlah aku ea, semoga sempat aku hafal semua dan jawab dgn baik :) . Thanks ~ salam

No comments: