Passport Malaysia :)


Assalamualaikum :) hai dah lama tak update. hehe, wahh hana kau dah maju ye buat passport ! hehehe, biasalah kan. Opsss riak sudah ~. Bukan apa saja nak buat. Satu untuk saya, satu untuk ayah dan satu untuk ibu. kitaorang tiga orang je, so buat tiga jelah. Plan nak pergi mana lepas nie ? InshaaAllah kalau ada rezeki pergi je melancong mana-mana pun. Kalau boleh nak pergi Mekah. Jeolous tengok kawan-kawan ada yang dah pergi Mekah, walaupun buat umrah je. sekurang-kurangnya dpt jugak pergi tengok kaabah dan buat amal ibadat. Aku buat passport aku tuh semalam. Ayah aku ambil aku di sekolah awal. semalam dkt sekolah aku tak ada PNP pun, sbb ada majlis tilawah al-quran. Sekolah aku jadi tuan rumah, dalam pukul 12 mcm tu ayah aku ambil aku. Kerani sekolah panggil aku, aku ingatkan tak jadi pergi. sebab mak aku ckp tak tahu lagi jadi ke tak nak buat. Ni aku nak bagi tips-tips sikit dkt ouls :
Gambar ukuran passport
Kalau nak cepat kan, korang ambil gambar passport yang ada di rumah. boleh jer, tak perlu pergi di imigresen baru nak tangkap gambar, renyah je !. korang pergilah kedai gambar di mana-mana dan tangkap dlm saiz ukuran passport. nak buat passport ni kena ada 2 keping gambar ye !. berlatarkan biru belakang tu. baru lah cepat sikit pemprosesan dia.tak payah kalut nak tangkap gambar di koperasi imigresen. dahla ramai kalau korang pergi bukan tepat masanya.

Dokumen-dokumen penting
Ohh ye ! jangan lupa bawak dokumen yang penting. mcm kad pengenalan diri, surat beranak, gambar dan berkaitan. korang nak tahu syarat dia mcm mana ? korang pergi laman web Imigresen Malaysia. tengok dekat situ pasal syarat kena bawak apa. kalau bawah umur 18 tahun mcm aku ni, kena bawak sekali dgn surat beranak.

Borang
Borang untuk isi maklumat korang boleh dapatkan di kaunter dia. Ayah aku ambil siap dan isi dkt rumah siap-siap. hanya perlu bawak borang tu dkt kaunter ! mudah kan ?. cepat pun cepat. tak perlu kelam kabut nak isi di sana.

Wang
Semua benda kena pakai duit kan ? mcm tuhla jugak nak buat passport. Jangan lupa bawak duit ! nanti isi borang je tapi duit tak ada. dia ikut lah berapa. ikut umur dan kategori

2 tahun : RM100
5 tahun : RM300

Aku ambil 2 tahun je, lebih okay dari RM300. mcm boleh buat ayah aku pokai je. lagipun tak selalu nak pergi melancong. buat pekasam je passport tu di rumah. kita boleh renew balik , tok sah risau ! aku suggestkan korang ambil yg 2 tahun punya. tapi kalau korang setiap hari pergi melancong, ambil lah 5 tahun. ikut kemampuan masing-masing

Korang nak pergi jabatan imigresen tu pastikan pergi masa yang sesuai. maksud aku, pergi tepat pada masanya. kadang-kadang ramai sangat dan boleh membuatkan kesabaran kita tergugat. Aku pergi hari khamis, sbb di kedah kan tutup awal. time tu tak ramai orang pun, boleh kira pakai jari je aku tengok. dalam 5 orang mcm tu je. tengok tak ramai pun kan ?. haa kena pergi tepat lah. kalau tak kena masa, memang lambat lah jwbnya. dia banyak kaunter, ikut nombor giliran la kena kaunter mana. bagi cap ibu jari lah apalah dan sebagainya. Lepas tu pergi ke kaunter buat bayaran. Senang je. untuk pengetahuan korang, masa yang diambil untuk buat passport hanya 1 jam je. 1 jam ? tapi bagi aku rasa mcm 10 jam. ehehe, tak adalah masa tu aku rasa mcm lambat pulak jam aku bergerak. aku dgn family aku tunggu tak pergi mana-mana pun. last kali siap jugak ~ boleh beli cover passport tau ! satu RM3. murah je tak sampai RM30 pun. buat lah ye ~ mana lah tahu kot lah korang dpt melancong mana-mana esok ke lusa ke.  doakan lah aku ye semoga aku dgn family aku dpt pergi melancong mana-mana. tunggu duit dari langit , hehe

No comments: