Akhirnya.......


Assalamualaikum... Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !. Akhirnya aku telah berjaya harungi segala peperangan dalam dewan sekolah farah.. Kertas Exam sebanyak 23 !!.. Huu, alhamdulillah..Setelah penat lelah farah bertungkus-lumus siapkan. Sekarang farah hanya goyang kaki di rumah, dan menanti keputusan peperiksaan pertengahan farah. Agak mendebarkan setiap kali teringat akan keputusanku itu.. Soalan-soalan memang agak mencabar bukan seperti ujian bulan 3 lalu. Bak kata ayah : Senang Kacang : . Kacang memang senang dimakan tapi kita perlu juga mengopek dahulu sebelum kita makan. Ehh apa yang merepek ni ?.. Aduii.. 

Okay sekarang cuti pertengahan dah bermula ! jadi farah ingin Qada' tidur farah.. Haha, .mesti korang pelik kan tiba-tiba bahasakan diri sendiri "Farah".. selama ni bahasa kan "Aku".. Entahlah, rasa macam tak ada hormat pulak bila guna perkataan aku. Tambah-tambah lagi bila orang dewasa yang baca, dahla farah ni dari kedah. kedah kan orang selalu cakap bahasa dia kasaq nak mampuih. tapi sebenarnya tak kasar pun, biasalah loghat kan berbeza. Farah tulis dalam bahasa kl sbb takut reader tak faham pulak bahasa kedah ni hah. Lagipun farah bukan lahir di sini, tapi dibesarkan di kedah sbb tu terikut-ikut bahasa utara.

Dah tu kenapa bahasakan diri "Farah" pulak ? bukan biasa panggil Hana ke ?. Huu, entahlah nama pun dah farhana. Ikut moodler nak guna nama timangan apa pun. Dengan family biasa bahasakan diri "Ana".. Dengan kawan bahasakan diri "Farhana,Fana" -,- korang tahu tak Fana tu maksudnya binasa ? . Farah memang tak suka kalau orang panggil farhana tapi bunyik macam fana. Tahulah nama orang panjang, tergeliat lidah bila nak cakap, tapi sekurangnya sebut perlahan-perlahan. Far...Ha...Na.. kan boleh tu.. Hana pulak biasa dalam blog. Suka hati korang nak bahasakan farah ke hana ke ana ke farhana ke arhan ke fafa ke farhan pun boleh..Tapi kadang-kadang ada post yang farah terpaksa guna "Aku" tau ! itu pun maybe sebab malas nak type panjang lebar atau tengah marah..

Lepas ni farah akan sentiasa blogwalking blog korang dan selalu rajin comment.. dan rajin follow ! hehe. Dah lama tak singgah blog korang, yelah selalu sibuk dengan buku je. Cuti 2 minggu ni inshaaAllah ,farah akan merajinkan diri.. Tapi farah nak kemaskan bilik, meja study semua. Bilik macam tong sampah, ni kalau ada orang nak datang meminang terus cancel. hehe, yelah tengok bilik anak dara, ya Rabbi.. Yelah, tengok orang study macam mana ? bersepah. bertimbun je tengok buku yang habis study tuh macam gunung jerai dah rasanya..sampai sini je kowt, Okay see you on the next post ! Salam :)




No comments: