Percutian Tanpa Dirancang

Assalamualaikum :) Rindu nak bercoret di blog ni. hehe.. Tanpa melengahkan masa, jom farah ceritakan kisah farah & family pergi ke .... jeng....jeng....jeng.. Haha, duduk jeng-jeng je nihh. Orite,jangan ler marah !. Sebenarnya, farah pergi ke The regency hill jerai resort, nak pergi ke oversea al maklum ayah farah kata dia tak nak bawak farah pergi kecuali Umrah, dia suruh farah belajar betul-betul dulu.. Ehh tadi tu betul ke farah eja nih hah ?. tak ingat sangat panjang bonar, nak sebut pun terbelit-belit lidah farah. Farah pergi 29 Mei, baru lagi kan ? yup memang baru, fresh dari ladang cerita ni !. 

Nak jadikan cerita, pagi rabu tu ayah farah ajak ibu farah & farah pergi ke Guar cempedak ada kerja sikit dekat sana. Lepas dah pergi ke lokasi tersebut, kita isi perut dulu la ! lapor nie.. Makan nasi kandar, memang wajib lah kalau duduk di negeri utara. Selepas makan, ayah round tempat mana entah masuk kampung-kampung orang. Tiba-tiba ayah tanya "Nak pergi tanjung dawai atau gunung jerai ?." Farah nak pergi gunung jerai dan ibu farah nak pergi tanjung dawai. Ha mana satu nak ikut nih ?, lastly ibu farah pun kata pergi jelah gunung jerai. Dalam hati sebut "Yeayy" haha. Bukan apa, dah lama tak pergi gunung jerai. pernah pergi pun sekali masa darjah 1. Tanjung dawai ? setiap hari pergi. Boleh naik jemu nengok nye walaupun ada pantai, lagipun panas. habis burn muka, huuu.

Naik punya naik, bila nak sampai pun tak tau lah.. 12 Km kowt korang ! berliku-liku jalan dia, alaa lebih kurang macam Cameron Highlands. Tapi nak naik ni lagi mencabar tau ! kalau driver tak ada skill baik boleh terjunam dalam gaung, huwaa tak dapat bayangkan. Kalau korang nak pergi, pastikan kenderaan korang okay dari segi keselamatan macam brek tambah-tambah kereta manual tengok clutchnya ya !. Dan jangan lupa isi minyak full tangki okay ? kang tak pasal-pasal tersadai di atas bukit tu. Jalan dia agak bahaya sikit, ada selekoh lipat ala ala maut gitu. Nak naik tu agak mencabar, turun kurang sikit tapi kalau tak berhati-hati kena langgar dengan kereta lain.

Sampai je sana, farah macam "Eh ni gunung jerai ke cameron ? mimpi ke apa aku ni ?." Korang kalau pergi mesti macam farah, suasana dia macam Cameron je.. dengan ada bunga-bunga. Tapi cuaca dia tak boleh kalah dengan cameron, cameron menang lagi ! sampai sana pun sejuk jugak tapi tak ada la sesejuk london. hoho, gaya macam dah pernah pergi london je. Malam memang sejuk, dalam resort tu tak ada air cond tau ! cuma ada kipas saja. Trang Tang Tang, amacam mesti korang kata "Tak panas ke ?." . Bagi farah, tak panas pun.. angin sepoi-sepoi bahasa. Cadang tu tak nak tidur, just nak tengok apa yang ada di gunung jerai. Tiba-tiba ibu farah pulak berkenan dengan tempat tu. Huu, apa lagi terus ayah farah booking room -__- . Korang tahu tak satu hapak pun tak ada barang keperluan baju semua ! macam mana ayah farah boleh check in nih. Alasan ayah farah, dah alang-alang datang sini tidur je terus, kalau nak turun ambil baju memang jauh sikit dan nak naik balik harap maaf la ea. Okay fine, farah punya la terkejut. Baju semua tak ada ! dalam kereta pun cuma ada kain pelikat ayah, telekung je. haha, nak tidur tapi barang nak tidur tak ada. Terpaksa bermalam dengan baju yang farah pakai masa tuhla. Nasib baik 1 hari tidur, kalau 2 hari ermm rasa tak nak keluar bilik. Malu lah ramai orang tengok. Ibu farah bawak berus gigi tapi ubat gigi pulak tak bawak, aduyai. Biasanya, baju salin memang dah ada dalam kereta, entah kenapa kali ni ibu farah tak simpan pulak. Maybe tak sangka nak tidur di sini. Harga roomate untuk premier (2 katil) : RM 340++ termasuk breakfast 2 orang,tapi kalau korang kerja dalam kerajaan dapat diskaun !.

Ingatkan katil tu queen satu dengan single satu, upenya 2 single. Farah nak tidur mana ?, tak kan nak tidur di bawah lantai. tak sanggup eden. Nasib baik katil tu boleh cantum dua jadi macam queen size. dapat gak tidur..Memang kelakar lah ! tidur dgn baju tu. makan dgn baju tu. breakfast lagi. Mesti ramai orang perasan kan, bukan farah je tak ada baju, ibu ayah farah pun sama !. hehehe, sekali sekala. nasib baik duduk di Kedah, kalau duduk di Pahang . jawabnya kena beli baju lah. dekat sini sayang sikit, tak ada souvernier macam baju ke keychain ke,huhuk. Kalau ada orang tua atau barang banyak, jangan risau ! diorang ada sediakan kereta ala golf tu. diorang boleh bawakkan. Boleh camp di sana, tapi kena bayarlah ye.Channel tv kebanyakkan channel thailand, farah rasa macam duduk di thailand pulak.Makanan disediakan oleh chef islam, semua 100% halal. Semua pekerja melayu dan Islam. Jangan risau.. Okay jom layan gambar ! sorry gambar tak adalah elok sangat kualiti dia, tak ada dslr cuma guna samsung galaxy Y. salah adjust sbb tu jadi gelap je.



























Okay itu sahaja ~ harap korang enjoy. kalau nak rasa sendiri pergilah bercuti di sini. Best dapat tengok sawah padi dari jauh dan boleh tengok dari jauh jugak, pulau bunting. Dkt resort ni banyak aktiviti, kalau bawak satu bas family memang enjoy ! tapi kena lah booking dulu. Nanti tak ada bilik pulak :) Okay setakat itu sahaja kalam farah, kita jumpa lagi salam ~

No comments: