Ini Fakta ke Auta ??

*hee, firash dgn syaf :D *

Assalamualaikum
*okay curi update kejap*
Hehe, apakah sebenarnya ni ? Ini adalah fakta bukan auta haa..
Lol, aku dah start dah.
Tak adalah, aku cuma nak bagi pendapat la berdasarkan dari penglihatan aku selama nie
Aku tengok kan suami isteri bila kahwin dah lain auw.
Faham tak ?. Tak faham la tu.
Tanpa membuang masa, aku akan kongsi dkt korang.
Tentang perangai suami isteri
masa awal perkahwinan dan masa dah berpuluh tahun kahwin ataupun
yang masih belum kahwin lagi, heeee.
Ecehh, bajet macam dah kahwin aku nie.
  • Awal perkahwinan : Bila pergi shopping,berpegangan tangan dan berjalan bersama-sama. Tapi bila dah berpuluh-puluh tahun kahwin, Tak ada pulak nak berpegangan tangan ke hape. Tambah-tambah pulak kalau ada anak 2,3, sorang di utara sorang lagi di selatan.Yang si suami jalan laju meninggalkan si isteri terkedek-kedek di belakang dgn anak-anak.
  • Awal perkahwinan : Kalau dulu masa awal kahwin,terutamanya dalam kereta, punyalah gedik tangan tu nak berpegang. Erm, contoh bila si suami letak tangan dekat gear ke , si isteri ambil tangan lelaki tu dan buat apa yang si isteri tu suka lah, aku pun tak reti nak explain. Kalau suami romantik macam dalam novel yang biasa aku baca, si suami tu akan pegang tangan isteri dia, Haha tak nak berenggang pun tangan tu. Tapi bila dah tua, tak ada pulak nak berpegang ke apa. Kalau si isteri nak sentuh, mula nak buat alasan kata malu lah dkt anak-anak ataupun ada wudhuk. 
  • Awal perkahwinan : Haa, ni part paling aku rasa kelakor. Dulu kalau naik motor bersama, punyalah rapat di antara satu sama lain. Peluk pinggang ketat-ketat, tak bagi lepas sampaikan angin pun pening nak lalu di mana.Tak ada ruang langsung. Tapi bila dah berpuluh tahun, si isteri tak peluk suami dah , sanggup pegang besi belakang motor tu, jarak pun jauh gila. 
  • Awal perkahwinan : Kalau dulu makan main suap-suap bagai. Sekarang nak suruh suap pun punyalah malas dan bagi alasan macam-macam. "Suap sendirilah"
  • Awal perkahwinan : Dulu, tak kira lah sama ada belum kahwin atau baru kahwin sekalipun, mesej tu tak berhenti-henti. Sanggup menghabiskan duit semata-mata nak beli topup dan balas mesej berjela-jela kalah karangan. Tapi bila dah lama, nak balas mesej satu pun kedekut. Tak pun, tak balas langsung. Paling menyakitkan hati hanya reply "K" . Dulu punyalah berjiwang rasa macam nak muntah bila baca.
  • Awal perkahwinan : Masa couple ke atau baru kahwin, punyalah mulut tu ringan nak sebut perkataan "I love you" kalau boleh nak sebut I love you sampai mati. Berapa ratus kali pun tak apa. Tapi bila dah lama-lama, manakah hilangnya I love you tu ?. Yang aku dengar I hate you adalah. Dalam novel je, romantik.. :'(
  • Awal perkahwinan : Pasal event pulak. Haa, dulu sentiasa ingat je tarikh keramat iaitu hari pertunangan, hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan dan macam-macam lagilah. Kalau sebut tarikh tu je, mesti ingat. Lepas tu, planning nak beli hadiah apa untuk pasangan. Tapi bila dah lama, lupa dah tarikh semua tu. Bila kita soal "Hari ni hari apa ya ?" yg si pasangan cakap "Hari ni hari ahad lah, Kenapa?" . Zzz, rasa macam nak lempang je. 
Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi aku tak larat nak list panjang-panjang.
Cukuplah 7 je yang biasa aku lihat.
Jangan kata aku ni dah ada pengalaman pulak pasal semua ni.,lambat gi nak kahwin
Bagi pendapat aku lah, tapi tak semua ye yang betul.
Aku suka lelaki yang romantik ! Auwmm. Haha, tapi tak suka lelaki yang terlalu jiwang.
Best je baca novel , bila si suami suka buat kejutan romantik dkt isteri dia.
Tapi itu cuma khayalan, bukannya kenyataan.
Tapi ada jugak lelaki yang romantik sekarang, cuma jarang lah kita nampak.
Yang ada pun panas baran je aku tengok, huhu takut pulak.

"Sesungguhnya syaitan akan bertepuk tangan apabila cucu adam dan hawa terjerumus ke dalam perhubungan yang dilarang , dan syaitan akan meraung apabila melihat cucu adam dan hawa bersatu dengan ikatan yang sah , dan cuba untuk mempisahkan adam dan hawa. Justeru itu, kuatkanlan iman dan cuba untuk   dalam keluarga yang bahagia"

So sesiapa yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kahwin bila dah jumpa pasangan ! :D

2 comments:

Tedi said...

haha.. semoga akak ketemu siapa yg dicari.

Dikna said...

Hehe, lambat lagilah nak kahwin