Ke manakah aku ?



Assalamualaikum :)
Wahh dah lama gila tak update blog kan ?. hee, sorry sangat
Sejak dapat buku rekod, mama dgn abah aku marah lah.
Sekarang ni pun dah tak boleh nak online facebook,twitter macam dulu.
Mak dgn ayah aku cakap aku kena fokus dalam pelajaran dah mulai sekarang
Tak ada masa nak main-main. Tambah pulak tahun ni aku ada peperiksaan penting SMRA.
Huu, agaknya kena tunggu sampai Spm lah baru boleh nak online puas.
Ohh ya, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan ramadhan.
Esok adalah puasa ! yeayy ~
Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan dan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T
Korang pergi tak solat terawih ?. Aku inshaaAllah pergi kot
tapi tak pernah lagi buat sampai 23 rakaat paling sikit pun 8 rakaat.
Daifnya aku, orang tua pun buat sampai 23 rakaat aku yg muda ni...
Minggu lepas aku baru je berhenti tuisyen. Hee, sementara waktu kowt
Mak aku nak aku fokuskan subjek azhari, kena hafal banyak lah.
Haa, lupa nk beritahu korang.. yang minggu lepas jugak sekolah ada buat lawatan untuk pengawas
pergi ke kl. Best lah jugak.. Hari khamis baru ni sampai sabtu.
Hari ahad tu aku ponteng,hihi. Penat kowt sampai kedah dkt pukul 2 pagi.
Nanti aku akan cerita rombongan pergi kl tu dan selitkan gambar sekali.
Tadi aku dah suruh husaini masukkan gambar rombongan dlm pendrive aku, 
tapi bila aku cucuk masuk dlm PC aku tak boleh pulak, keluar banyak virus.
Huu, habis hilang data aku. Harap dapat balik la data aku tuh.
Nanti nak mintak tolong kawan aku, hathim buatkan lah.
Kalau aku buat nanti, hilang terus pulak. 
Sebenarnya, aku nak cerita panjang lagi nih. Tapi kesuntukan masa,
nanti aku sambung lain ea ?. Okay salam~
Salam Ramadhan Al-Mubarak !
Jangan lupa solat terawih malam ni ;)
Dan jangan curi-curi minum air atau makan tau ~

3 comments:

Nyamuk Terbang said...

salam ramadhan

mirza syazwina said...

selamat berpuasa dik=)
belajar rajin-rajin k^^

Dikna said...

@nyamuk terbang : Salam ramadhan jugak :D

@mirza syazwina : Selamat berpuasa akak irza :) , inshaaAllah. terima kasih :D