Busy always busy

*mana aku ?.


Assalamualaikum :) waduhh, sudah lama benar ya aku tidak singgah bercoretan sama kamu semua !..zzz ayat indon pulak -,-'. Apa khabar korang ?, harap sihat walafiat. Tuan blogger ni sihat alhamdulillah.. Mesti korang bosan kan ? asyik ulang tanya soalan yang sama je kalau dah lama tak post,huhuhu. sorrylah, dah tak tahu nak tanya soalan apa dah dekat korang. 

Sebenarnya, bukan niat aku nak abaikan blog ni tapi kekangan masa tu yang buatkan aku tak tumpu sangat dkt blog aku ni haaa.. Banyak cerita aku nak share dkt korang.. aku sekarang sibuk,tak mcm dulu bolehlah post setiap hari, kalah budak U pulak aku ni ye..mcm kena buat assigntment sepanjang masa. Sekarang ni pun aku jarang blogwalking dgn follow orang. Kepada sesiapa yang sudi bw blog aku ni dgn follow , sekalung penghargaan diberi buat anda..*chewahh*. maafkan saya sebab tak dapat menjejakkan kaki saya ke blog anda semula dan tumpang komen. Bukan sbb aku ni sombong ke malas ke apa, tapi masa. Masa itu ibarat jantung aku skrg ni.. aku banyak kerja kena buat 8 in 1. Tudiaa, bohonglah kalau sampai 8 tu.. 

Sekarang ni aku tengah sibuk buat folio akaun memandangkan aku ambik aliran perakaunan, jadi diwajibkan lah pelajar buat folio.. minggu depan dah kena hantar dkt cikgu, aku dah siap type dlm computer cuma nak tunjuk dkt cikgu je betul ke tidak... Okay bila aku exam smra ni ?.. diumumkan 21hb ni, dupdap ketaq gak lah, lagi berapa minggu je lagi nak exam. Hafal pun main-main je aku tengok, bukan serius pun. Ustazah & ustaz masuk kelas baru nk buka buku..ish teruk betul lah. Bila nak insaf tak tahu ?. bila nak baca , mula ada benda lain nak buat.. mulai sekarang aku kena hafal, tak boleh tangguh dan main-main lagi dah. Nanti nak jwb apa dlm kertas kalau tak hafal ? bukannya objektif. Selama seminggu jugak lah aku exam nanti, burn otak aku.. haha. Lepas seminggu tu nanti, terus sambung dgn exam akhir tahun..

Nasib baik cikgu nk buat exam akhir tahun lepas smra, kalau tidak semalam lah aku exam. Haritu kitaorang dapat jadual periksa.. dalam tu tulis 2hb.. dalam hati rasa nk gugur jantung, yela mana nk ulangkaji lagi nak hafal lagi.. ramai ibu bapa yang bantah buat exam sebelum smra, so cikgu terpaksa tangguhkan.. lega teramat ! tapi tak bermakna dah merdeka.. kena fokus smra lepas tu exam akhir tahun.. Doakan aku ya ! moga apa yang aku hafal dan belajar selama ni aku ingat dan boleh jawab,amin termasuk bagi aku rajin sikit untuk hafal.. Syukran jazilan kepada sesiapa yang doakan aku :).Banyak lagi ni nak cerita tapi kita tangguhkan dulu lah ye.kalau aku rajin, aku akan post lagi. lepas exam semua ni nanti, aku kembali aktif untuk bw dan follow korang ye !.. thanks sbb memahami aku. Assalamualaikum ~ selamat malam

No comments: