High School Stories

Assalamualaikum ! .Tak terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2014 kan ?. Heee.baru ada kesempatan nak update..

Rutin harian di sekolah sudah bermula.Tak sangka sekarang ni aku dah jadi bigger senior di sekolah aku.Budak form 5 memang akan diperhatikan oleh warga guru,pelajar. Agak leceh jugak lerr nak kena jadi hipokrit ni.. Tapi aku ni jenis jujur, jujur ke ?, hanya Allah sahaja yang tahu.




First day sekolah agak rushing sikit.Bangun awal, mandi laju macam kerbau, makan pun laju nasib baik tak tersedak ja.. Sekarang kena pi awal sebab sekolah sekarang dah ada undang-undang baru dan terpaksa menumpangkan kawan lelaki kelas aku -,-'. I feel so......

Sampai kelas, ada kawan tolong jaga tempat. Terima kasih banyak !. Seperti biasa, of course pilih tempat yang depan. Form 5 ni lain sikit susunan dia, lelaki kena duduk depan perempuan belakang. So nak tak nak aku kena duduk jugak, depan aku laki. Seriously, i would like to say that it's so sucks. Depan aku tu, KETUA PENGAWAS. ketua pengawas tuuuuu ~. satu lagi, nak sembang pun payah tau dak.. pasal benda privacy sikit ja mesti kena cakap slow-slow. Gua ni dahlah jenis cakap kuat ,akibatnya terpaksala jugak aku belajaq cara cakap slow.

Peraturan baru sekolah ni nampak ketat sihhh.. pi sekolah awal, balik lambat. Paling awal pun 3.30 petang. Balik sekolah, penat ja badan. Tak dan nak rehat, kena pi siap-siap sebab nk pi klinik.. cuci telinga. Balik rumah dekat nak maghrib..malam kena layan tetamu pulak. memandangkan aku ni anak perempuan sorang, so kena bancuh air ,hidang kuih.. kerja sekolah pun satu pasal, banyak pulak dah. setiap kali guru masuk, mesti ada 1 homework.. memang tak dan lah kalau tangguh kerja. Okay , tak ada apa kot.. mesti korang kata cerita aku ni mcm tergantung kan  ?.. sorry sgt, time is not enough for me now..Kalau ada masa lapang, aku akan update..



No comments: