Berakhirnya tragedi..



Assalamualaikum ! 

       Semalam lepas tuisyen malam , dengar mak panggil suruh tengok psl MH370..terus campak buku letak tepi dan hadap tengok tv3 , astro awani. Sanggup bersengkang mata tengok MH370. Ya Allah, teramat sedih di hatiku bila dengar pengumuman dari Dato' Seri Najib. Beliau mengatakan bahawa pesawat MH370 berakhir di lautan hindi. Allahurabbi :'( tak dapat digambarkan bagaimana perasaan ini *mengalirairmata .Selama 18 hari kita semua tertunggu-tunggu ke manakah hilangnya MH370 , akhirnya terjawab. Meskipun, belum 100% keputusan itu benar , tapi ramai dah yakin bahawa MH370 telah terhempas di lautan hindi. Aku rasa sedih , sebak semua ada.. bayangkan kita sebagai keluarga penumpang dan krew.. hmmm, aku tau Allah nak uji family dan kita sebagai rakyat Malaysia. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Sekiranya betul pesawat telah terhempas di lautan, semoga mereka semua dirahmati oleh Allah.. kepada family penumpang & krew , tabahkan hati dan bersabar atas dugaan yang diberikan oleh Allah.. Anda cukup bertuah kerana dipilih oleh Allah dalam menghadapi dugaan yang hebat ini.. #Al-Fatihah #PrayForMH370


      Biar apa pun terjadi, janganlah kita menunding jari ke mana-mana pihak.. Misteri ini dapat dirungkai hanya melalui kotak hitam.. Semoga kita dapat menjumpai kotak hitam tersebut., amin


No comments: