8.5.2014 (Special Date)







Assalamualaikum ! :) Hi korang. Sorry dah lama tak update. As usual, mid year exam is starting bite me. Haha, memang kalut dgn nak exam. Habis kertas on 20 may.. Doakan untuk aku ya !. Ehem ehem, korang tau tak hari ni hari apa ?. Ya , hari ni memang hari khamis. Tapi ada lagi special dari tu.. Cuba teka..tetttt masa anda menjawab sudah tamat !. Zzzz nak habaq pun mukadimah panjang .. hehe hari ni ialah hari yang special dalam hidup aku ! 8 mei 1997 aku telah dilahirkan di muka bumi Allah ni. dan hari ini ialah besday aku.. Sayangnya besday aku setiap kali sambut mesti tengah exam.. sedih sungguh bulan mei ni. Asyik kena dgn besday aku je tarikh periksa. Kalut sungguh ! huhu. 

Alhamdulillah syukur sbb Allah masih bagi aku peluang untuk terus hidup di muka bumi ni. Semoga aku menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan di akhirat,anak yang solehah, sentiasa melakukan kebaikan dan berubah menjadi matang ????. Terima kasih tak terhingga kepada mama dgn abah sbb bawak ana pi makan , shopping dkt Giant. Sayang abah puasa sunat pulak. so tapau bawak balik saja lah, guna yg box italia tu hat besaq. Serius aku ckp tekak aku tak boleh terima spaghetti yang rasanya agak pelik.. Biasalah tekak orang melayu, bila rasa italia punya hurm maklumlah.. Tapi pizza yang terbaru tu sedap, boleh tahan. Konon nak rasa yg baru, tapi spaghetti mmg out dari menu aku.

Tiba-tiba aku rasa mcm bahagia sat, whaha. Tadi masa g dekat kaunter cashier, mcm biasa aku la yang bawak kereta troli kalau gi shopping bawak dgn tangan sebelah berlagak mcm bawak kereta betul , Masa achi tu scan barang, tiba-tiba ada mak cik tu letak barang.. apa lagi ? nak bayarlah kan. Aku pun pandang sleck jelah, tiba-tiba ada orang bawak troli..Waduh, anak mak cik tuhla ! hensem betul. SubhanaAllah, sejuk mata memandang okay ? wa tak tipu.Sesuai untuk siapa yang nak cari lelaki mithali. Budak laki tu aku tak dapat nak agak dia umur berapa,, tapi muda lagi. Nak kata budak lepasan SPM, muka dia matang sikit..mcm 20-an tuhla kot.. Baik sungguh tolong mak dia, mesti anak mak kan ?. Tinggi tu tapi muka putih bersih.. sengih-sengih pulak bila orang tengok dia.. Dia perasan kot yang aku usha lama dkt dia.. Haha, suka tengok dia senyum. laki tu persis senyuman dan muka mcm suami kak dena bahrin.Nampak baiklah. Tapi, aku hanya memuji dia saja. Baik ka tak dalam hati dia, Wallahualam. Haa, dah kenapa dgn aku ni ? ckp pasal dia panjang-panjang..Ok stop it... 

Next, lepas penat shopping..balik rumah lerr apa lagi kan. buka pintu je terus mama tunjuk kek.. kek tu abah yang pilih, waduhh yang tak tahan kek pelangi ! rainbow mcm baskin robbin tu. Sedap sehingga menjilat kuku ! padalah dgn harga dia nohh.. RM 100 tuhhh ! -,-' .. Sanggup mama abah beli , tapi takpa terima kasih , inshaaAllah untuk tahun 2015 nanti aku akan balas jasa mama abah dgn membawa pulang results kejayaan SPM yang cemerlang,, amin !. 

Terima kasih jugak aku nak ucap kepada mimi,tikah,mira,matun,atin,han,asyraf,qilah,abg adi, kak adah & kawan-kawan lain yang wish sama ada dkt sekolah, fb, insta dan blogger sekali pun. Satu je aku rasa terkilan, along dgn angah aku tak wish ! -,- kuangsam sungguh. Besalah orang kerjaya mcm tulah bagaikan kacang lupakan kulit sunggu.. Besday adik depa pun buat tak tau ja. Haish, orang zaman skrg mcm ni lah noh..Okay lupakann.ia sungguh menyakitkan hati .,,

Ternyata aku sudah besar ~ cepat je kan..Serius aku tak nak membesar , nanti kena hidup berdikari tanpa ibu bapa  lepas tu menghadapi cabaran dan dugaan yang kuat..kena kahwin fikir masa depan pulak..huhu.. tapi kenyataannya, umur kita semakin meningkat tak boleh patah balik dah..

Yeay ! dah boleh ambil lesen kereta dah, cukup syarat. Tapi dengar kata syarat diorang umur 20 lebih baru boleh ambil betul ke ?. Entahlah, tapi aku tak boleh ambil waktu sekolah. Abah suruh ambil waktu lepas SPM nanti.. InshaaAllah, lepas ni senang la nak gerak bawak mama abah jalan-jalan. Sebelum ni, duduk belakang gaya bos.

No comments: