Bowling Experience



Assalamualaikum ! Lamanya aku tak update !! Selamat kembali ! haha, agaknya dah lama org tak jenguk blog aku ni kan ?. Cuti sekolah lagi tinggal berapa hari ?. Erm..

Hari ni alhamdulillah, aku berpeluang jejakkan kaki aku ke pusat bowling centre dekat mana ?. adalah tapi area sungai petani semestinya ! . Baru first time kot ! agak jakun gila bila aku masuk. Mesti korang banyak kali dah kan ?. Rasa nak termuntah tengok lanes tu. Aku ni namanya budak bandar tapi perangai macam budak kampung, opss aku tak hina orang kampung.. cuma aku jarang keluar rumah lepaking dengan kawan-kawan sekutu sekepala. No ! no ! jangan harap mak ayah aku kasik nak keluar rumah lepak dkt mall dgn member selagi tak lepas SPM. Tadi pun aku beria-ria pujuk mak aku nak main bowling, kebetulan pulak semalam along aku balik. So masa nilah aku nak ajak, bila lagi kan ?. Nak main sorang-sorang, budak baru nak belajar memang haromm la nak tau apa itu lanes, pin bagai lagi teruk pegang bola pun tak tahu, haha. Gelak sikit korang ! even tak kelakar -,-'. Oleh sebab itu aku mau ajak along aku yang agak serius annoying segala..grrr ! sakit hati melihat dirinya.

Sengaja pilih bowling centre yang besar sikit dari pilih dekat Cmart. Yang Cmart punya mcm lampu disko-disko.. huh dahla tak reti main lepas tu kalau nk pi dekat sana alamat aku tercampak sekali jadi pin, sbb tak nampak.Lagipun takut ada orang kenal-kenal aku.. mana lah tahu SP ni kecil je, jiran sebelah pun boleh jumpa ! So aku pilih yang tempat terbesar sikit. Masa first-first masuk bowling centre tu, agak jakun gak mcm jebon baru masuk hutan ! dengar orang duk baling bola, dengan pelbagai gaya. Hebat-hebat !.. Aku ni punyalah tak tahu nak buat apa, duk tercangak depan tu je. Selagi along aku tak gerak pergi ke kaunter, selagi tu aku duduk dekat kerusi tu. Ayah dengan mak aku cuma lihat saja, diorang suruh aku ikut along.. Along aku tu pulak anggap aku ni mcm dah terer 100 kali datang main bowling.. Tolong sikit !. Dahla suruh aku pergi bayar, dengan sewa kasut segala. Kakak tu pun hairan tengok aku. haha sorrylah kak, aku ni cewi sikit.

Perlawanan sudah bermula. So along aku la start kan..kiranya kami berdua lawan. Ocehh, dia lawan dgn aku..mmg sah2 lah dia menang, sbb dia dah banyak kali pegang. Aku ni punyalah tak tahu nak buat apa, pegang bola tu pun tak reti guna 3 jari.kekekeh, ada ke patut buat 3 lubang je ? kita ada 5 jari tau !. Aku suruh along aku ajarkan, dia duk buat angin dia.. Ajar pun mcm tak ikhlas je, cehh ! sentap hati gua !. Tapi it's okay,aku cuba. Untuk pertama kali, aku baling mmg cuma perlahan je. Alahai, mcm orang tak makan nasi setahun ! haha. Biasala , orang baru first time main. Huhu, tengok orang sebelah gua.. budak laki amboi kau ! bukan kemain lagi ye baling bola dgn gaya senget tonggek semacam nk patah kaki bagai.


Aku boleh aje nak tonggek semua, tapi memandangkan aku pakai tudung bawal labuh bidang 60, lupakan ajelah. Satgi pelik pulak diorang tu tengok budak tudung labuh aksi macam-macam di luar jangkaan !.Bahaya !. Huhu, setiap kali aku baling bola, mesti mak ayah aku komplen. Aku ni pantang orang tegur sikit, naik muka ! tarik mulut muncung mcm donald duck ! so aku berhenti dari main sambil membiarkan abang aku conquer kedua-dua game ! ciss, salah aku jugak cepat bebai.. tapi sapa suruh mak ayah aku duk kata dkt aku sangat kan.. Orang first time main mmg mcm tuhla.. dahla di keliling aku semua budak laki , mau tak malu ! So lepas ni kalau nk main bowling, aku akan ajak member-member aku jela.. sbb depa sporting tak mcm abg aku ! main mcm nk telan orang , ajar pun tak ikhlas !.Boleh aku gelak sekuat hati sikit dekat situ..dari main dgn abg aku serius,gelak2 pun tak, huh tak mau ajaq hang dah lepas ni ! haha.. Sorry,aku tak berselfie or what dekat bowling centre sbb aku bebai dgn bowling..So terima jelah gambar dari mr.google ye !.. Ok cukup setakat itu ~ Aku ingin beristirahat sebentar. Assalamualaikum

5 comments:

mirza syazwina said...

kak miza pernah main boling dekat sungai petani..baggunan dia warna purple..betul tak??hehee
alaa..kak miza masa mula2 main pun gitu gak..masuk longkang je..skg je ok skit kot..hahaa :P

Qaseh Vee said...

follow sini (124) . sis klu main bowling confirm sis yg masuk longkang ... heh heh

Dikna said...

@mirza syazwina : Hehe, yup betul tu ! Park avenue. Malas nk sebut tempat tu, haha. Yeke ?. Ana baru main agak perak sikit tak tau nk buat mcm mana

@Qaseh Vee : Ya,follow back ! hehe, betul2. Main boling kena fikir sikit

Nur Syuhaidah said...

Lololo xD Bila baca part tertonggek tak boleh blah betul. Seksi gitu. Hahahaha. Kawal kawal

Dikna said...

@Nur Syuhaidah : Haha,mmg seksa sungguhla kalau org tengok. Malu ! kawal 100% dah.