Sahabat ?



Excited nk amik gambo dgn kawan kelas ! :D Bambamnya pipi aku


Assalamualaikum ! :) .

Sebenarnya nak update tapi tak update-update, acano tu ?. xD

Kematian idea. Tiba-tiba nak terkeluar cerita pasal "sahabat".Mesti korang dah tahu istilah sahabat kan ?. Aku tak nak explain, pergi tanya pak cik google.. ehehe pemalas sebenarnya. Alaa, yang lagu najwa latif tuh..Pi search lekas, nk upload lambat mcm siput ba alif ba ya

Yelah, bagi aku sahabat tu penting untuk kongsi pelbagai masalah,belajar dan lain-lain. Tapi sekarang ni banyak kawan makan kawan kan ? tikam pun ada. ish-ish lagi teruk muka bertalam-talam.. kesian kuih talam jadi mangsa,huhu. Tapi betul la statement tu.. depan kita bukan lagi baik kan, belakang kita amboi bukan main lagi.. Hipokrit namanya tu !. Aku punya masalah lain.. ni kawan-kawan jenis yang bila senang lupakan kita, bila susah mula datang dekat kita. Nasib baik aku ni baik..baik lah juga kan sbb layankan diorang. Kalau aku jahat,mmg aku tak layan dah. Aku ni jenis cepat kesian, kesian tak bertempat pun payah jugak. Kadang-kadang tu aku terasa mcm lembu kena cucuk pun ada, ikut je apa yang diorang ckp..mcm hamba abdi. Tapi aku ikut je, kalau diorang buat jahat belakang aku pun, Allah tahu.

Bila susah, bukan kemain lagi merayu dekat aku. Tanpa aku, siapalah diorang. zzz, bukan ayat aku..ayat diorang. Terasa nak muntah pelangi pun ada, tapi aku tahan je. Bila diorang senang, diorang campak aku mcm sampah tahu tak ?. Aku mintak tolong sikit pun, berkira ada setengah tu tak layan langsung permintaan aku.Kadang-kadang buat aku ni macam halimunan. Sapa tak sakit hati woi ?. Sedangkan orang bercinta sakit hati bila putus, inikan pula aku ?. Ehh apa kena mengena aku dgn cinta ?. haha

Aku bukan ungkit ke apa, cuma aku ingin meluahkan ketidakpuas hati aku ni haa. Nampak je aku ni lurus bendul, tapi jgn diorang ingat aku ni bodoh ! aku masih dpt bezakan kawan mana satu baik, yang mana satu hipokrit. Sekarang ni payah sungguh jumpa istilah "sahabat" kan ??. Sahabat yang sebenarnya ialah :-



Ingat lagi lagu teman sejati nyanyian brothers ? hehe.Best kan ?

sorry yunk :) Kita jarang nk update, sbb malas ! bila rajin tak sempat nak bukak blog pulak. 



3 comments:

Nur Syuhaidah said...

Aw, so sweet bila awak crop saya punya ayat XD hahaha :D

Yep,Paling tak suka bila diaorang cari time susah, senang diaorang blah xD Uih. Pantang gila tu. Kadang cari untuk hilang rasa bosan. I'm not a doll. I'm not a toy -.- *geram*

Anyway, if you already have a best friend or more than one best friend, you should appreciate. No matter what happen ^^ Sahabat isn't same like a friends.

aiman mania said...

wuhuuuuuuuu........panjang citer dia ^^
moga persahabatan kekal bt selama-lamanya :D

Dikna said...

@Nur syuhaidah : Hehe, saya bukan sweet pun, huhu terharu ke ?. Betul2, i'm agree with your statement. Sakit hati mcm nk lempang2 pun ada. Sabar je banyak2.. Iye, dulu time sekolah rendah banyak la bff, skrg ni mcm kurang je

@Aiman mania : haha,panjang ke ?. biasa je. InshaaAllah, amin :) Tq