Perjalanan Raya ^_^



Assalamualaikum J , hai semua ! sihat tak ?. Sorry lah dah lama tak singgah blog aku, tengok dah usang. Dgn template tak bertukor2 apa nk jadi dgn den ni hah ?. Mintak maaf byk2,masa tidak menyebelahi aku. Bdk SPM la katakan, tapi tengok tak usaha banyak mana pun. Zzz, bila hang nak sedaq aku tak tau la farhana. Ish2,teruk la aku ni. Ohh ya, masih tak terlambat lagi kan utk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin.Aku nk mintak maaf dkt korang andai selama ni aku menulis di blog ada yg terguris perasaan atau menyentuh isu sensitif dan sebagainya. Nk mintak duit raya dkt korang boleh tak ?.. Aku masih sekolah so aku berhak mintak duit raya..haha sebenarnya rasa malu..yela anak dara dah besar, tapi masih nk p beraya rumah orang. Tapi,ada yg setengah tu bagi aku buat muka tak malu jelah amik je..rezeki jgn ditolak dong ! haha. Aku raya dkt mana ?. Of course,raya dkt kampung nenek belah ayah aku dkt pendang..belah mak aku dah tak ada kampung,Cuma tok menakan tu adalah dkt pinang. Raya keempat camtu baru beraya di pinang.. Raya raya jugak tapi aku kena buat homework,, tapi al maklum la bila dah balik kampung,ada ka buat ?.. dgn hasutan cousin ajak aku main mercun semua, tv bagai,,so.. err say byebye to my homeworkla kan ?. hahaha. Tahun ni mcm kurang meriah je, yelah dah besar panjang mana dpt duit raya dah kan ?. dpt pun sikit je, huhu. It’s okay lah kan, alhamdulillah dpt jgk dari tak dpt langsung.


Okay, entry ni agak panjang..so sediakan baldi kalau korang rasa pening tak pun boleh click pangkah je kalau rasa tak nak baca. Semalam, aku jadi fasilitator..huhh bangga ! bangga ! wkaka. Melawak.. ingat senang ke jadi fasi ni ?. Aku la yg tergedik-gedik nk isi bila ada kakak senior offer 5 orang dari bdk form 5. Sebenarnya, nk jaga hati kwn aku jgk..dia nk pergi sgt , aku malas..dia paksa aku, last kali aku pun pi la. Aku jadi fasi utk sekolah rendah.. ada gaya ke jaga bdk2 ?. Diorang ada buat kem solat sehari je..kiranya kena testing sorang2 boleh baca atau ingat tak bacaan dlm solat semua. Korang tahu tak ??. Tak tahu,meh aku nk ajar..haha, tapi mcm malu je dah besar panjang masih tak tahu. Masa first time jejak kaki dkt sekolah rendah tu,, teringat balik zaman dulu-dulu waktu sekolah rendah..punyalah selekeh, poyo,bajet bagai tak mau kalah dgn org..tambah kalau raya, amboi pakai best gila la dulu ni ! tak rasa malu semua. Masa aku jejak sekolah tu dgn member aku, mimi.. kitaorang berdua masuk la.. rasa malu siot,yelah semua budak-budak. Tangan semua dah sejuk mcm duk dalam frozen dah. Tengok kakak senior semua tak datang lagi, kami berdua je..mmg gabra la kan. Dah la tak tahu kaunter pendaftaran tu dkt mana, kitaorang terjah je.. alhamdulillah akhirnya jumpa jugak pedoman,hehe. 


Ada lagi member aku yg form 5, diorang lambat . Biasalah,janji melayu mcm tu kan ?,termasuklah aku pun. Ustazah dkt J-Qaf tu layan kami elok, bagi makan semua & bagi taklimat semua. So, boleh buat pilihan nk kumpulan mana. Aku dapat budak darjah 1 ! darjah 1 ! okey ?. Haha gila ! aku ni mana la ada adik, so kena la buat muka senyum manis sikit, satgi kalau aku buat garang pakat lari pulak..sebelum aku p sekolah tu, ayah aku siap pesan g “Hang tu jangan buat muka garang sgt, besa2 dahla..anggap depa tu mcm adik hang”. Hahah, see ? ramai ckp muka aku ni garang tak kira member atau cikgu,family sekalipun..entahla, aku rasa mcm biasa je. .maybe nk sifat tegas ,tapi terbuat muka garang..huhu, kata nak jadi polis ?. Takpelah, aku pun ajar je diorang tu mcm mana nk solat semua.. buas sungguh noh , tak larat aku nk layan,kejar diorang semua ! sampai satu student aku terperangkap dlm tandas, isk isk.. Budak-budak semua pakat panggil kitaorang ustazah even kami dah suruh panggil kakak, diorang tetap panggil USTAZAH . Ada ciri ustazah kot noh ?. hehe.  Apa pun best lah, ajar diorang semua ! rasa mcm nk pi lagi..tapi masa tu dkt trial dah. Macam tak boleh je..kena focus Trial dulu. Aish, tak lama lagi dah. 2 minggu je lagi, tapi persediaannya ?. Urm..Ya Allah please help me.. bila nk berubah ni ?. Sedaq sat ja pastu perasaan malas mai balik. Setan banyak sangat kot, kena buat amal ibadat lebih sikit. InshaaAllah apa pun harap trial ni aku dpt terbaik ,cemerlang semua untuk isi borang U semua nanti senang.. sbb trial ni pengukur spm aku.


Korang perasan tak aku ada upload gambar aku dgn anak menakan aku, faqih dekat atas tu ?..tuhla gambar raya kitaorang berdua..Itu satu-satunya gambar aku dgn dia, payah sungguh la nk bergambar dgn dia.. dia suka menggelongsor..aish, bila aku nk selfie dgn dia je, dia lari. Last kali,aku ikat dia .duk kau diam-diam baru dia nak..itu pun terpaksa sampai muka dia tak dpt nak focus betul-betul.Nakal betul skrg ni, dah pandai dah umur pun 3 tahun. Kalau korang perasan, gambar aku dgn dia tu , aku ada senyum nampak gigi . Perasan tak ?. Seriously,, aku mmg tak suka ambil gambar nampak gigi..bagi aku tak cantik. Haha, kalau korang takpelah, sesuai dgn muka korang senyum nampak gigi.. Aku tak sesuai la kalau senyum nampak gigi. Tengok keadaan jugak, kadang-kadang tu elok..dalam gambar ni ,nampak mcm elok kan ?. Cehh ! perasan betul aku ! haha. Bukan gigi aku rongak ke apa, gigi aku elok..alhamdulillah Cuma mcm tak sesuai wajah aku nampak gigi..ni antara salah satunya aku tersenyum nampak gigi, ni bukan senyum kot, mcm gelak je..sbb faqih tu nk menggelongsor , so cepat2 aku snap. Tengok gigi tu ? mcm senyum senget je. Tuhla masalahnya,gigi aku suka nk senget bila aku gelak ke apa.tak boleh duk diam2 dkt centre. Satgi jangan buat aku nak pakai braces ! bagi gigi duk centre bila amik gambar.. Ada ke orang buat mcm tu ?. huhu. 


Okay, yang gambar kedua, korang perasan gak kan ?. Itu gambar aku dgn member form 5 jadi fasilitator. Aku la yg jadi tukang monopodnyee, lenguh tangan I angkat tinggi sgt. Orang kedah ni mcm kurang maju lagi dgn monopod ni, rasa mcm malu kot. Yelah belah sini, ramai orang tua. Pakat duk tanya “Hampa duk buat apa dgn tongkat tu ? nak katok org ka apa ?”.. haa sudah jadi isu pulak kang. Aku melawak je ni. Kawan aku tuhla sponsor amik gambar guna tablet dia.. bila nk selfie guna kamera depan, gelap rupanya. So, kitaorang decide nk guna kamera belakang, rupanya aku yg jadi tukang gambar semua tu jadi gelap gambar aku ! sbb aku duk dpn, jadi gambar aku mcm kurang cahaya. Ciss ! ,kalau aku tau baik aku duk belakang dgn kwn aku hat belakang tu..depa semua putih. Dahlah aku burn, dgn gelap pulak mmg gelap la aku dengan gigi mcm apa gi.besaq gedabak dekat depan tu, gigi apa ek ?. Gigi kapak ka orang kata ?. Dua2 besaq, hat len gigi semua kecik. . Sebenarnya,aku nak senyum ja,tak mau nampak gigi..tapi nk buat mcm mana ?. aku yg jadi tukang gambaq, so kenalah kira 1,2,3 senyum..tak dan nk ready, aku dah tekan button..mmg sahla nampak gigi aku yg mcm senget ja..Nak automatic,kwn aku ckp payah la apa lah…last kali gambaq depa jugak cantik.hurm, tak puas hati dgn gambar aku, orang len okay ja. So, jangan terpengaruh dgn kecantikan semulajadi aku..itu semua edit punya warna, nk kasi tone aku putih..whaha, dahlah member aku yg putih makin jadi putih mcm pakai bedak sejuk dah.Tapi aku edit berpada2 bukannya nk mulut oren bagai.Sbb aku geram dgn gambaq ni, tak puas hati.So,aku decide edit la apa lagi !.Kasi cerah sikit, bolehla tapi tak buat putih melepak tu..satgi org terkejut pulak. So kesimpulannya,janganlah terpedaya kecantikan orang di alam maya, itu semua dusta belaka ! chewahh.Tembam kan aku ?. haha, itulah aku raya je dah naik  muscle pipi..bila diet turun, bila makan naik.. entah nak jadi apa dgn aku ni. Tak balance, sat naik sat turun.Satu je aku suka gambar kitaorang berlima ni, nampak mcm baru amik results SPM kan ? gaya tu. InshaaAllah, harap kami semua gembira bila dpt results nanti dgn mendapat Straight A's , amin



Hurm,entry kali ni nampak mcm panjang kan ?. Haha, sorry la. Terima kasih sudi luangkan masa baca entry aku yg merepek ni sampai habis. Pasal blogwalking, sorry sgt nahh..bukannya sombong tak sudi nk reply semua..tapi I sibuk sgt skrg ni, nak trial pula kan. Korang doakan aku ye semoga dipermudahkan oleh Allah ?. Nanti lepas spm ,, tunggulah blog korang aku boom sampai meletup !. Sekarang ni pun aku curi2 type entry ni, kalau tidak usang lagi la blog aku ni. Okay, Selamat Hari Raya semua ! Maaf zahir dan batin..Mintak maaf kalau ada tersinggung perasaan ke apa ketika terbaca entry aku ni J

No comments: