Baucer ? :D

           
   

            Assalamualaikum , pehh sejak kebelakangan ni memang tak ada langsung nk menghadap komputer, sekarang ni kan semua banyak guna handphone je. Mintak maaf banyak-banyak ye kepada siapa yang tanya aku pasal IPG tu, bleep test semua yang tak sempat aku nak jawab. Sbb saya masa tu sibuk ye ! sorry sangat. Nasib baik ada jugak yang tolong jawabkan dkt komen, terima kasih awak !. Oh ya, nampaknya aku tak ada rezeki untuk interview IPG, it's okay. Anggap rezeki aku tahun depan ke apa. Allah Maha Mengetahui.

           Sekolah aku baru bagi baucer RM 250 bak hang -,-' . Lambat kan ?. Orang lain dah enjoy, kami baru nak enjoy. Tak apalah, janji hado kan ?. Dari tak dapek, dapek jugak. Tapi biasa la kalau beli last minute ni memang banyak stok habis la , tambah aku budak STAM. Nak cari buku koleksi soalan ada jugak mata pelajaran tak ada. Ni yang nak bebai ni, haha. Beli mana yang ada jelah, ada lagi balance RM 100. Tak tahu nak buat apa dah. Nak beli novel pun, aku jarang la nk pergi popular ke mph sebab kedai buku sana duk dalam mall, memang tak la aku nk pergi kalau tak penting sangat. Setakat nk beli novel tu , penting ke ?. Ada dekat tempat yang selalu aku p pulak, kedai buku tu tengok novel dia mcm tak update je. Semua tengok lama-lama punya, tengok title pun boring. Aku ni memilih sikit, haha. Tapi bila kita nak novel sesuatu, tak ada pulak dekat rak tu.. stok habisla apa la..

          Nak beli kitab agama pun , amboi harga separuh dari baucer lagi. Bukan kedekut ke apa, sbb ada lagi buku Stam yang aku tak beli lagi. So terpaksa KIV dulu la hasrat tu. Nanti kalau dah settle semua , baru fikir nak beli kitab agama ke novel ke komik. Baru ni aku beli satu je novel, tengok tak menarik bila baca best pulak ! sedih kot cerita dia.. kita boleh feel, bila perempuan tu menangis kita yang rasa...huhu...Kawan aku cakap patutla ada jugak budak universiti mengeluh, tak tahu nak beli apa dgn baucer tu kan ?. Nak beli buku study pun, bkn sebarang kedai jual. Kira nak beli barang IT je la tak pun bahan selain study.

4 comments:

amie farhana said...

salam kenal , untung la dapat baucer . jemput follow blog amy http://luahanfarhana.

Mialia Amelia said...

wow byk tu baucer. guna betul2. hehe

Dikna said...

@amie farhana : Salam kenal jugak ;), Tq sbb bw my blog. InshaaAllah, akan terjah nanti !

@Mialia Amelia : Hehe,InshaaAllah. Thank you ye ! :D

amie farhana said...

hehe ! cantik blog awak :)