Salam Lebaran ;)

Assalamualaikum ! hai semua ! hehe..

Amacam puasa ? Semua okay ?. Ada yang tuang tak ?. Hahaha, bagi perempuan aku faham kenapa tuang. Allah bagi cuti kan ? Hehe it's okay la. Huu, hari ini last dah kita puasa kan.. sedih sangat sebab bulan ramadhan dah meninggalkan kita, tah tahun depan kita dapat puasa ke tak lagi. Harap la Allah beri peluang lagi kepada kita, amin. Oh ya, malam ni pun tak ada dah solat terawih. Yang ada sekarang, adalah takbir raya !!. Alhamdulillah, tahun ni kita dapat beraya lagi . Rasa masa berlalu dengan pantas je kan. baru je tahun lepas raya, tup tup tahun ni syawal menjelang lagi. Tahun ni aku rasa macam tak raya pulak. Sebab apa ?. Sebab lepas raya ni aku kena shafawie iaitu hafazan untuk stam ! so aku tak boleh overjoy raya sangat. Betapa sedihnya aku ! Tahun lepas fokus dkt spm, tahun ni stam pulak. Tahun depan maybe fokus dekat assignment untuk Universiti pulak kan ?. Itulah ragam seorang pelajar, chewahhh ! puih geli aku dengar. Haha.



Tahun ni korang beraya di mana ?. Bestlah korang , tahun ni boleh melompat sana sini.. aku ni ?, huhuk .. Guess what ? Malam ni aku masih berada di rumah ! rumah okay ? rumah bukan kampung !! arghh. kalau dulu, malam raya dah balik kampung bermain bunga api dan mercun bersama sepupu sepapat.. Jeleznya mesti malam ni sepupu aku di kampung dah main mercun !! dekat taman aku , nak main mercun jangan harap la , pelita pun tak ada. Rindu wehh ! . esok baru balik kampung rasanya, itu pun sehari dua apa.. sebab mak ayah aku tak bagi sangat aku raya, well stam candidates right ?. Huhh. Esok ni pun maybe pertama kali solat aidilfitri di kawasan taman aku.. dulu setiap kali raya , solat di kampung !. Harapla esok lepas solat, boleh balik ziarah kubur arwah wan (laki). Okay, potpet potpet pun korang mesti jemu kan ?. Aku nak bagitau satu je ! Kuih raya tahun ni aku beli okay ???. hahaha. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua readers ! , Maaf Zahir & Batin sekiranya saya pernah buat silap dan terkasar bahasa..hehe bajet guna saya sat !.. Balik kampung dengan hati-hati k ?. Jangan terburu-buru.. ingatlah orang tersayang..dan jangan main mercun terlalu excited sampai lupa diri.....serta jangan lupa puasa sunat aidilfitri 6 hari tuh.. raya raya jugak jangan lupa amalkan sunnah ye :D !..Assalamualaikum ~ mood raya aku pasang lagu raya sikit , baru la raya kan ?. selama ni aku buh lagu korea.. hehe



#Alamak syaitan , hantu dah kuaq !!! tak sukanya aku !..aku pilih hantu comel sikit, kang buh hat hodoh hampa riyau pulak.. hahaha

3 comments:

Qaseh Vee said...

salam aidil fitri . semoga bergembira bersama keluarga tercinta ...

jue rahman said...

salam aidilfitri

Dikna said...

@Qaseh Vee : Hee, salam aidilfitri juga ! Thank you , aminn

@Jue rahman : Salam aidilfitri jugak ! :D