Lesen Motorsikal ! :D


                                                                    #Sumber google


                Assalamualaikum, hai ! Haha baru nampak batang hidung aku noh. Biasalah budak sibuk ambil lesen motor memanglah.. Acee, alasan ja tuh !. Sebenarnya memang aku sibuk pun baru nak ambil lesen motor. Hari ini baru pi ambil test komputer. Pastu kena tunggu seminggu pulak la untuk lesen L. Alhamdulillah, aku dapat jawab tadi, tak mau habaq dapat berapa satgi hampa kata kami riak takbur.. haha tapi memang lulus gila la nak dapat lesen L tu. Test komputer tak apa lagi, mai tang amali praktikal tu. Macam mana la kan ?. Aku dah la tak biasa & pernah bawak motor. Hampa gelak ? gelak pi ada aku kisah. Haha, memang aku kono sikit bab motor ni tapi aku tau la serba sikit tentang fungsi komponen motor. Hampa ingat ceq tak tau ka ??. Bodoh piang sangat tu.. budak 6 tahun pun tau tak kan lah aku tak tau pulak. Cuma tak biasa bawak la..

              Dulu time aku darjah 1 , berapa kali ja aku pernah naik motor.. Naik okay ? Bukan tunggang.. haha. Tapi sejak abah aku accident bila bawak motor, terus abah aku tukaq kereta semua bila pi kerja.. so bermulalah kehidupan aku dengan kereta semua.. Bukan anak kaya pun, tapi alhamdulillah la. Abah aku tak bagi sangat aku bawak motor ni, yala sekarang ni tengok la berapa kes yang melibatkan motorsikal eksiden, cewahh gaya polis gitu. Huhu.. Aku teringin jugak la nak bawak motor ni, bila balik kampung ja jeolous kot tengok sepupu sepapat aku bawak round satu kampung.. aku ni jalan ja kalau nak pi rumah family lain.Sadis sungguh !. Pakat duk ejek aku kata tak reti bawak, kuangjaq betul depa nih !.

              Tu yang abah aku suruh ambil lesen motor ni, ambil pi lah tumpang aku duk saja dekat rumah duk bela lemak baik pi ambil lesen ada jugak faedah jugak yo dop ?. Nak bawak motorsikal nanti tu belakang cerita. Lagipun mana nak tau nanti dah bila masuk Universiti nanti, bila dah sem 2 boleh la bawak motor kalau kereta tak mampu nak bawak. Untung dekat kita jugak kalau ada 2 lesen ni kan ?. Memandangkan aku tak pernah bawak motor, so aku kena praktis kuat sikit la. Orang lain yang pro maybe depa slumber relax bawak sebelah tangan ja bila praktikal nanti, aku ni pakcik driving tu kena ajaq aku.

             Haraplah aku ni cepat faham sikit bila orang ajaq aku, tak maulah pakcik tu bebai dengan aku, hahaha. Aku pegang satu ja, sebab dulu masa aku ambil lesen kereta , aku tak pernah bawak langsung kereta , so bermakna motor pun aku boleh buat jugak !.. So tunggu ja la bulan hujung 2 ni atau awal bulan 3 , aku kena jpj test.. Harap aku dapat lesen dengan sekali percubaan ja. Hampa doakanlah aku ya ! Terima kasih.. hee, okay aku nak berehat dulu. Pening baca buku panduan selama berapa hari ni, khatam satu buku, haha.. Assalamualaikum ~

2 comments:

Izyan Yan Cinnamon said...

hihi samalaa dgn yan,form 5 xdk lesen apa pon,lepas spm baru nk fokus nk ambik lesen,malu mmg malu yelaa laa kwn2 lain semua dh ada lesen kita ni langsung xdk apa2 huhu.Tapi alhamdulilah walaupun test komputer fail dua kali masa tu,masa test jpj sekali ja yan buat hihi.Yan ambik lesen moto tahun 2013 hujug2 tahun mcm tu,2014 yan ambik lesen keta pulak senang bagi settle semua sesiap.Moto keta dua2 fail bahgian test komputer kehkeh XD

NfarhanaIshak said...

Wah bestnya ! okayla tu cik yan dah boleh bawak motor skrg ! , hee kite ni baru nak pegang handle.. harap test jpj nanti lulus la ye ! btw tahniah ye sbb dah ada lesen ! alaa takpe , test komputer tu kalau failed biasala tu