Kpop ? Aku tak minat. Part I




                  Assalamualaikum, hee. Okay straight to the point. Mesti korang nak tau kan apasal tittle aku tetiba sebut pasal kpop pulak kan ?. Wakaka, aku minat kpop ke ?. Budak sekolah agama boleh minat ?. Biasala tu no one is perfect,right ?. Aku ni bukannya warak, alim pun walaupun sekolah agama. Semua ada nafsu dalam setiap orang. Okay macam mana aku boleh terminat korea ?. Seriously, dulu aku tak minat langsung korea ni. Aku ingat lagi time aku form 1 , kawan-kawan duk sibuk cakap pasal korean drama la Runningman la.. Dulu aku tak tau langsung kot variety shows yang famous dkt korea nuh, RM.. aku duk ingat Ringgit Malaysia. Menatang apalah kawan aku duk sebut, RM RM.. nak RM pi la bank negara ye dok.. huu, lastly aku dapat tau jugak RM tu sebenarnya Running Man.

                Dulu aku ignore aje, sekarang setiap minggu wajib aku layan di KShowOnline. Kalau dulu aku tak kenal langsung kot aktor korea semua ni. Yala , semua muka sama ja aku tengok.. Ingat nama tapi muka lebih kurang, konpius aku derr !. Tapi skrg, aku dah ingat. Tambah RM tu, haha. 7 orang kan ?. Kwangsoo,Jihyo,Gary,Jong kook, Suk Jin, Jae Suk & Haha. See ? Ingat pun. Tu sebab aku duk tengok selalu, cuba dulu memang tak ingat langsung. Selalu tertukaq kot nama depa ni. Yang paling aku minat , jihyo, kwangsoo & jong kook la. Haha, setiap kali depa lawan aku sokong depa !. Ada bagus jugak tengok depa ni, selain kita dapat tau budaya depa.. kita boleh tau bahasa korea sikit-2.. sekurangnya bila kita pi korea satu hari nanti, boleh jugak belajaq basic kan ?. Lagi satu yang bagusnya , korean drama ka apa depa suka translate English, kan boleh menguasai Bi jugak pada masa yang sama.. Acewah, so pelajar boleh amik pedoman. Bukan suka suki ja nak tengok. Tapi kita amik jugak depa punya bahasa semua tu.


    Macam mana aku boleh terminat ?. Gila wei, masa tu aku nk STAM kot. Masa tu tetiba aku terminat dgn lagu korea. Aku jenis suka sentimental tak ada la jenis yang rock, rap semua tu.. tengok lagu dlm blog aku dah la.. hahaha. Aku jatuh cinta dengan lagu On rainy Days yang dinyanyikan oleh Beast. Masa dulu ni Beast memang popular la kan. Sekarang dah banyak group baru. Syaitan duk hasut aku layan korea, nasib baik STAM aku lulus jugak, alhamdulillah. Nasib aku boleh hafal, cuba kalau tak boleh mmg aku K.O la results Stam aku tu.

On Rainy Days-Beast .

            Lagu di atas ni lah yang menambatkan hati aku. Entah apa yang merasuk aku. Sejak tu aku asyik search ja lagu depa ni. Aku suka lagu ni , no more, fiction, yey, banyak lagi la. Tak larat aku nak list.. Huhu. Tapi ada jugak yang aku tak suka dgq lagu depa ni. Biasalahkan , telinga aku ni pun ada taste jugak. Bukan semua lagu aku boleh terima.. Yang peliknya setiap group mesti akan aku suka sorang dua ahli depa. Gila ka apa aku ni.. hish hish. Macam kumpulan beast ni aku suka dongwoon dgn kikwang. Tapi yang paling aku suka Dongwoon la. Tah kenapa aku minat dia. Orang banyak kata korea ni banyak plastic surgery atau jambu.. Aku dah research dah semua. Yang mana plastic surgery aku taut buang.. haha. Hat jambu tu biasalah, orang melayu kita pun ada jugak jambu kan ? :P.. Hahah. 

          
  Tara ni lah abang aku. Hahaha. Dongwoon, dia ni ikut rambut jugak, Mai tang rambut yang tak hensem, tak hensem la jadinya. Haha, aku ni jenis high class. Dia yang ada rupa dalam group Beast ni. Tapi sekarang ni dia rambut panjang macam apa tah , huhh tak suka ! Oppa tolong la potong rambut hang balik !.


              Okay, seterusnya aku jatuh cinta dengan group 2PM. Aku minat lagu depa hat Hands Up tu, RM suka invite kumpulan 2PM. Sejak tu aku minat lagu-2 depa ni. Tapi ada jugak yang aku tak boleh terima, hahaha. Depa kan ada jugak buat japanese song, aku layan je.. janji sedap didengar dan maksud dia tak menyimpang dari akidah. Aku paling minat ahli dalam group ni ialah Taecyeon. huhu, Jun K dgn Junho tu spare part aku.. Haha


            Hai suami tercinta ! haha gedik giloss bak hang. Tatau pasai paa aku minat Taecyeon. maybe dia manly kot. Haha, lagi satu aku suka tengok dia berlakon. Dia jadi rapper ja banyak. Aku tak suka sangat dia Rap. kata suka dia ? Patutnya suka semua la kan. Aku memang pelik sikit. Banyak songeh la katakan..huhu

Okay penat membaca ?. Haha , kita tunggu Part II pulak. Sorry la noh panjang sangat entry kali ni. 






No comments: