Kpop ? Aku tak minat. Part II



Assalamualaikum...Hai korang ! okay kita sambung balik entry sebelum ni cerita pasal Kpop. Huu, okay group yang telah menambat hati aku ialah GOT 7. Dimana group ni under JYP entertainment, ada 7 pemuda di dalamnya. Haha. Seriously talk, aku ni jenis tengok company jugak. Haha, yang paling aku minat ialah JYP, CubeEnt dengan Wolliment. Yang lain aku layan je, macam company SM ent kan banyak mcm SNSD, Exo,ShiNee,f(x) & lain-lain. Aku hayati je lagu depa ni, tapi tak adalah nak minat 100%. Entah kenapa aku tak boleh minat Exo, huu. aku minat Sehun ja, sebab apa ?. Sebab dia handsome walaupun miskin senyuman. hahaha. Mahal oo nak tengok dia senyum. Maybe Exo kumpulan dia ramai, aku tak boleh nak ingat. Tapi yang pastinya lagu dia best la, mcm Growl ,Call me baby semua.Tapi aku kata ja macam tu, satgi tengok aku jatuh cinta dengan Exo, baru ada akai..huhu.Ohh melalut pulak dah, tudia la macam-macam nak cerita, satu entry pun tak habis. 




Got 7, yang paling aku minat ialah Mark Tuan. Ya Allah , senyuman dia hensem gila , macam ada gigi siung gitu. huu, dialah hensem.. yang lain semua boleh tahan. Bagi aku got 7 la yang anggotanya semua hensem, comel belaka. Tapi banyak perempuan minat Jackson, huu dia lawak kot. dia pun hensem jugak oo kalau bergaya. Junior, JB , Bambam, Youngjae, Yugyeom semua ada rupa.. pandai JYP pilih nohh. 




Next, Infinite.. Kalau belajaq addmath ,mesti hampa tau kan ?. dulu kawan aku ada minat infinite.. aku tak pernah tau pun group ni. Tapi aku asyik search ja depa ni, last kali terkenan . Haha, biasalah group korea ni paling normal , 5-7 orang dalam satu group. Infinite, bias aku ialah Sungyeol.. haha, even L depa kata hensem, tapi aku rasa dia comel.. tapi dia bukanlah bias aku. Tapi minat jugaklah depa ni, sebab depa comel. Sungyeol ni sebab aku tengok cerita High School Love On tu.. yang ada woohyun tu. tapi tudialah woohyun tak berjaya menambat hati aku.. aku kan suka second lead lagi dalam drama. kekekeh. Tapi lanie Sungyeol ni buat rambut merah pulak dah, aku tengok dia tak suka sgt dai rambut tapi sebab dia ada Jungle law tu yang kena dai.. lagi satu aku suka dia sebab dia tak suka pakai subang. Aku tabik setengah artis depa tak pakai subang. 



Itulah salah satu sebab apa aku mula minat Korea. Teringin gila nak pi korea satu hari nanti, nak bawak mak ayah aku pi sana , travel. Sebab negara depa ni bersih, cantik. Tapi aku taktaulah boleh makan ka dak kimchi semua tu, tekak aku bukan boleh. haha. Kesimpulannya, jangan lah benci sesuatu benda sebab kita mana nak tau satu hari nanti kita mulai suka pulak dengan benda tu.. macam aku, hehe. Tak salah minat korea ni, yang penting jangan lah lupa buat ibadah kepada Allah, janganla tengok korea sampai lalai pulak tanggungjawab kita. Orang yang tak bagi dengan korea tu sebab kita ni jenis lalai , tak mau solat semua. Lepas tu, janganlah terlalu fanatik sangat, sampai semua nak ikut depa dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ingat tu ! Tak salah aih nak minat, sebab kita dapat jugak belajaq bahasa depa, budaya depa. Faham tu anak-anak ?, hee. yang penting jangan lupa Allah, Rasullullah dan orang sekeliling kita. Kan taecyeon oppa ?, haha XD







No comments: