Pengalaman JPJ Test 2016. Alhamdulillah




Assalamualaikum dan hi semua ! , hehe. Aku macam biasa chipmores.. Sekejap timbul sekejap takde.Alhamdulillah, entry sebelum ni ada aku cerita pasal aku ambil ujian komputer kan ?. Sepanjang aku duk senyap tu bermakna aku duk sibuk latihan motor la dekat tempat belajar. Setelah 15 kali kelas, akhirnya JPJ test yang digeruni oleh ramai termasuk jugak aku tiba juga pada 17hb mac ni. Macam tarikh bersejarah pulak. Mana tak risau aku , takut fail. yelah ramai duk cakap "Titi lah paling susah weh". "Habislah hang" . Pelbagai kata negatif duk hasut semua ada dalam kepala aku ni. Tapi aku yakin dengan kebolehan aku , dengan sekali test saja aku nak lulus ! lulus !. Tak mau derr nak nak melayang duit agi bila dah fail tu. Aku siap suruh mak aku buat air lagi malam sebelum tu, punyalah nervous. , aku bukan boleh darah gemuruh oulls.. haha.

 Dengan doa mak ayah aku pagi tu , aku melangkah masuk ke institut belajar memandu tu. Pergh, tak apa lagi masa tu. Aku ingatkan aku datang awal, rupanya ada lagi yang datang awal. Cehh. Cikgu tu kata suruh datang pukul 8:30 pagi. Tapi aku datang pukul 8 pagi.. hee biar awal takpe, tak adalah nervous sangat. Untuk hilangkan perasaan ketaq aku tu, aku sembang dengan kawan-kawan aku yang kenal sepanjang kami praktis. Rupanya ramai jugak yang ambil test ni, dekat 120 orang jugakla. First tu, pegawai JPJ panggil yang mana repeat dulu, pastu sesi I baru sesi II. Korang bayangkan lah aku ni sesi II , no 14. Nasib la aku beratur awal jugak, diorang mai bagi je no badan sapa yang beratur dulu. Nasiblah siapa yang beratur last tu, jenuh nak menunggunye.. Sesi I pun dah dekat 50 lebih. Memang seksa gila tunggu. 

Dari pagi sampai tengahari , dahla sekarang ni panas bukan main. Panas lit lit kau. So jangan tanya kenapa muka aku burn. Okay setelah lama nunggu, akhirnya turn aku tiba jugak. Pergh, hanya Allah saja mengetahui isi hati aku ni. Dup dap dup dap.. Bila pegawai JPJ tu kata no 14.. aku macam ketaq semacam je. Mulut aku asyik sebut Allah dan selawat banyak-banyak. Bila aku nak start motor tu, aku ingat 3 tips ni. Terima kasih siapa yang bagi tips ni, ada satu blog tu aku baca pengalaman dia dan tips.. aku tak ingat link dia. tapi aku tulis la ea.. dia kata : 

LITAR
-Mula titi dari sebelum garisan, kira jarak sikit la dari titi tu. agak dalam 1 meter ke. -Sekurangnya kita dapat imbangkan badan
-Duduk depan sikit dekat seat tu, biasa kita duduk macam tengah sikit kan
-Lepas tu, sebelum nak naik tu tengok hujung titi, bila dah naik baru tengok titi. Sebab kita ni ketaq bila tengok titi tu kecil je.

Alhamdulillah, bila aku amalkan tips kak tu.. aku dapat buat. Sepanjang naik atas titi tu sebut Allah je,, satu ribu satu satu ribu dua hilang ke mana. Haha, yang penting nak naik titi tak jatuh. Alhamdulillah aku dapat 7.8 saat macam tu. Pheww nasib baik, tidak gagal sebab kurang dari 7 saat. Lepas tu kon, aku risau jugak la kang terheret ke kon ke apa.. kita ni taleh confident sangat, nanti confident tu yang akan buat kesalahan banyak. Alhamdulillah, kon pun aku dapat buat. Punyala duk tengok kaki semua tak cecah atau heret kon. 

Lepas tu tang brek emergency ni la. huhu nasib baiklah weh tak lepas garisan, sikit lagi je aku  nak lepas. Aku tekan brek kuat-kuat, nasib motor berhenti. Sayang kau motor ! mentang2 lah tayar baru, kau nak terlajak sikit. Aku seriau dah sebabnya sikit lagi je, nasib JPJ tu baik hati dia tengok cukup syarat lagi. And then, bonggol macam biasalah .. bulatan pun okay. selekoh tajam pun alhamdulillah.

JALAN RAYA

Haha, yang ni nervous aku tak habis lagi. Bila pegawai JPJ tu sebut no 14 mula ! , aku tak ingat apa terus je cek tu cek ni , ikut apa yang selama ni aku ajar semua dan pusing satu jalan raya. Satu je aku lupa buat !! , nak cek tayar depan belakang kot !!. huhu, apalah.. Dah habis double stand cantik boleh buat semua, baru teringat . "Laa, aku tak cek tayar motor tadi".. masa tu perasaan aku memang ketaq balik, sbbnya takut Mandatori ke apa sbb tak cek. 

Duk tunggu results lulus ke gagal pun lambat , sbbnya cikgu tu pergi ambil lambat. Hati duk kata habislah aku, gagal dah jalan raya. bila cikgu tu suruh aku sign borang tu, aku tengok aik gagal la.. cikgu tu kata mana ada la, hang lulus !. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Aku tersalah tengok, hehe. Sebabnya depa potong tang gagal tu. kan berlawanan maksudnya LULUS la. Tapi aku kesian jugakla dekat kawan aku sorang ni , dia jatuh titi.. sikit lagi je nak lepas. Hurm, tak ada rezeki dia lagi agaknya. harap nanti dia buat elok.

#Fathini dan Khalidah. Kawan time latihan. Huhu, depa duk ingat aku 18 tahun sama dengan depa. Hahaha aku awet muda rupanya !

So, hari rabu ni aku kena g pejabat JPJ la. sbbnya ejen aku cakap kalau nak buat dekat depa kena tinggalkan lesen P kereta aku. aku fikiaq balik satgi jadi apa2 payah pulak nak keluar rumah tanpa lesen. So ejen tu kata suruh aku pi sendiri JPJ.. Apa pun terima kasih kepada Allah, mama abah yang bayar yuran motor, family yang banyak support, kawan-kawan yang support dan banyak bagi tips dekat aku ,pakcik driving, pegawai JPJ dan juga korang !!. Terima kasih,,hehe.Tips aku nak bagi janganlah nervous sangat dan yakin boleh buat..jangan fikir negatif ya !. Akhirnya aku dapat jugak tau pasal motor ni, dari zero taktau nak bawak semua akhirnya boleh race di kampung !. hehe. Ayah aku kata kalau masuk U nanti baru bagi motor. Tu pun sem 2 la kan.. besa U tak bagi lagi bawak kalau sem 1 kan. Thank you semua !.. Assalamualaikum

4 comments:

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

sis dlu pun ambik lesen lepas SPM. sementara xde buat apa tu elok isi masa lapang.. nanti masuk U senang kalau kena drive kan.. =) btw congrats!

NfarhanaIshak said...

@aina yazid : hehe, tuhla sis. Masa lapang ni yg ada masa pun nak ambik lesen, lepas ni takde dah. Maseh ! :D

Aniza Anuar said...

Salam..nk tanya.. yg masa jalan raya tu.. if kita nk belok ke kanan.. apa yang kita perlu buat dulu? Signal dulu atau toleh ke belakang??

Braces Girl said...
This comment has been removed by the author.