Review : Munafik.. Jeng Jeng



Assalamualaikum !, hai. Amaran kepada yang sakit jantung atau hamil.. hati2 lah kalau nak bukak entry aku ni. Huhu takut terkejut pulak tengok gambaq di atas ni.. Amacam , seram dak ?. Tambah yang syamsul mcm nak cium mayat tu kan ?. hehe.. memang meremang bulu kalau tengok malam2.. ni pun first time aku buat entry pasal cerita seram.


Okay, aku saja je nak buat review tentang munafik ni. Alahh, korang mesti laju punya dari aku kan ?. tah2 masa filem baru release, korang dah awal2 beratur nak beli tiket. Aku je lambat, sob sob. Tapi apa pun aku nak komen jugak.. Haha.. baru2 ni aku keluar date dengan kawan aku , ain. Kitaorang saja nak pergi sekolah nak cop sijil aku , lepas tu boring nak lepak pergi tengok wayang kejap. Nak bukti ?. Sat sat


Bagi aku , korang memang kena tengok ehh !!. Memang kena ! kalau tak tengok dekat wayang, sila pergi beli DvD ke Cd ke apa ke.. Memang best gilerr arhh. Terbaik !. Haha, amik kau !. Syamsul Yusof punya filem ini macam , *Thumb Up* . Serious wei, best . Nak tau best macam mana yang aku gambarkan, korang kenalah gi tengok. Filem munafik ni bukan cerita hantu yang ntah ape2 tuh. Cerita ni banyak pengajaran, moral semua. Bukan setakat cuci mata. Tapi bagi aku la, nak kata seram tu taklah sangat. Acee, berlagak giler kau farhana. Huhu.. Yela, tengok dalam wayang orang ramai so keseraman tu tak berapa sangat. Sebabnya orang ramai ada ! haha. So bila scene seram, kita ada jugak dengaq bunyi hu ha hu ha dekat belakang sana.. Secara automatik, kita kata bukan kita sorang je tengok. Kalau nak ada feeling seram, sila gi tengok sorang2 , online pun boleh. Tengok dekat2 sikit dekat handphone tu, heee. 

Cerita ni banyak terkejut la. Sebab wayang tu speaker atas bawah kiri kanan aaan.. Bila bunyi gedebak gedebumm, memang jantung boleh luruh la. Biasalah, cerita seram ni banyak sound effect. Banyak sangat sound yang suspens , buat penonton kata haa lepas ni ada hantu paa. Jadi korang kena sedialah. haha, kalau boleh sebelum nak pi wayang tu, korek telinga sikit.. boleh dengaq clear !. Bagi aku cerita ni memang the best la . Dengan pelakon yang hebat2 .. tambah ustaz adam aka syamsul yusof yang handsome tu.. huhu. Maria aka nabila huda juga terbaik dooo dalam cerita ni ! memang dia menghayati giler babak dia.. Sampai aku tengok dia ni berlakon ke memang kena rasuk real. Tambah yang scene yang dia cakap arab tu, pergh meremang bulu roma.. Yang banyak aku terkesan, dia kata manusia akhir zaman akan dikuasai oleh Dajjal.Lebih kurang la ye ayat dia tu. Allahurabbi, terkesan betul dalam hati aku. Memang banyak istighfar bila tengok cerita ni.

Scene yang paling best ialah waktu syamsul yusof korek kubur bini dia tu, perghh yang tu merecikk peluh aku tengok. Huhu, nampak macam real gila. Korang bayangkan lah, dia heret mayat bini dia tu malam2 . Kau rasa ?. Huu, scene lebih kurang macam khurafat jugak, bermain dengan mayat2 ni. Nak tau ustaz adam buat apa dengan jenazah bini dia tu ?. Korang gi la tengok , baru la best. Hahaha. Scene kedua yang best, waktu Maria tu lari ke dalam bilik mayat . Hat tu pun merecikk peluh jugak, yelah korang tahu jelah bilik mayat macam mana, dengan lampu depa buh merah2 gitu...feel kot.. Rasa macam kita ada dalam bilik mayat pulak.. Dengan maria tu pergi masuk dalam peti mayat.. Terbaik la nabila huda ! . Kalau aku entah nak berlakon ke tak babak tuh, yelah peti mayat dah pernah guna kot !!.  Dan scene yang bagi aku rasa best jugak, masa bola keranjang tu bouncing.. perghh rasa mcm cerita boboiboy pulak, duk melantun-lantun. Dahla sound effect dia duk bunyi tung tung.. rasa berdebar gila jantung !. 

Okay kalau nak tau lebih lanjut sila la pergi wayang ye.. sekali sekala tengok apa salahnya. kalau takut, gi bawak kawan2, mak ayah , family semua. Satgi kalau aku cerita banyak, habislah tak suspens la korang. Nak tau sapa munafik tu ??. Sila pi tengok. Serious wei, masa first tengok cita ni, banyak gila tuduh menuduh.. huhu aku duk sangka mesti dia ni haa yang buat, munafik semua. Bila ending, dak pun. Tersalah aimed.. haha. Okay. Dahla, nak pi sidai baju. Haha.. Okay selamat menonton.Sorry la noh sapa yang blogwalking , komen blog aku.. tq sangat2.. Aku tak dan nak terjah korang gi.. Nanti aku terjah k.. bye.. Assalamualaikum



2 comments:

chicken_floss said...

bestnya dah tgk munafik...wish i cud watch that movie too.. :)

NfarhanaIshak said...

@chicken_floss

Hehe, tak apa nanti tengokla. nanti cd dengan online ada jugak