Moorim School ^___^

Assalamualaikum, hai. Haha, terlebih rajin pulak dah aku sejak akhir ni. Rajin nak post dalam blog. Kau dah kenapa farhana ??. Entahlah. haha, korang jangan jemu tau ! . Biasalah blog aku ni banyak merepek je. Tak ada banyak faedah sangat. Bukan apa aku just nak luah perasaan aje.


Hari ni aku nak review pasal drama korean, korea lagi ??!!. haha, sorry noh. Aku bukannya apa , saja nak share dengan korang. Even korang dah tau pun, aku nak gitau jugak ! tak kira !!, haha. Okay, kali ni aku nak cerita yang aku dah tengok. Cerita ni salah satu drama yang best 2016. Cerita ni macam ala-2 harry potter gitu, ada macam kuasa budak laki ni. Betul tak harry potter ada magik gitu ? aku pun tak pernah tengok. haha, tak minat nak tengok. haha, korea boleh pulak eh ??. huhu

Cerita ni ialah Moorim School. Aku tau korang dah pernah tengok. Tapi saja nak cerita, sudikan membaca ya !. huhu. Cerita ni bagi aku bestlah, dari yang lain. Ada kuasa bagai, bukan senang nak tengok drama korea cerita macam ni.. banyak yang bercinta je. Cerita ni biasalah ada jugak scene cinta, tak nama drama koreala kalau tak ada cinta, kan ?? haha. Aku recommend jugak cerita ni, siapa yang tak pernah tengok tu. Bagi aku best la, tak rugi pun tengok. Tapi kalau korang rasa boring , ignore kan aje. Haa, dengar kan lagu dalam blog aku ? haa tu salah satu OST cerita tu. lagu-2 dia semua best-2. Aku tak nak cerita sinopsis, korang kena tengok sendiri, baru lah suspens sikit !

Ohh ya korang pernah tengok tak cerita To The Beautiful You , alaa yang cerita budak perempuan tukar jadi lelaki tu.. yang dilakonkan oleh Minho ShiNee dan Sulli f(X). Ada kan watak nama apa tah kawan perempuan tu, yang rambut macam cendawan-2 tu.. huhu dia la berlakon dalam cerita ni, hero gituu


Yang ni la, huhu Lee Hyun Woo laki ni. Lain gila kan muka dia dengan sekarang ?. Dulu berlakon dalam cerita ni muka tak matang, macam budak-2 , rambut pun cendawan. Sekarang, wow !! handsome gila ! macam tak caya ja dia berlakon jadi hero.




Aku suka dengan rambut dia ni, grey gitu. Sesuai dengan muka dia, baru nampak style. Tapi cerita ni dia ada 2 warna rambut, mula tu grey dah lama sikit tetiba dia tukar rambut hitam, Apa motif pun aku tak tau pasal apa dia tukar colour. Tapi yang paling aku suka dalam cerita ni, Hongbin kumpulan Vixx apa tah, huhu aku tak pernah tau pun group tu. Sorry ya fanatik kpop, aku kan jenis memilih sikit. Tapi bagi aku Hongbin dalam cerita ni, best watak dia ! Wang chi ang nama dia dalam cerita ni, dia aku tengok ala-2 Jackson dalam Got7 sikit perangai dia dalam Moorim School. Aku memang ship dia dengan Seon Ah , kakak kepada Hero cerita ni. Tapi satu jelah, tak banyak scene depa ni, geram pulak aku dengan pengarah cerita ni. Scene sweet-2 sikit sangat, yelah Wang chi ang ni tak pernah suka pun Seon Ah tu dulu. Nak tau, sila tengok sendiri ye :P. try tengok cerita ni...


Okay, itu je kot. Apa pun jangan lupa amal ibadah. Layan..layan jugak cerita korea semua tapi jangan lupa tanggungjawab kita sebagai orang Islam,huhu. Pesanan kepada diri aku dan juga korang..Assalamualaikum







1 comment:

najwa zahid said...

rambut cendawan..hahahaha