Ujian Kelayakan Kecergasan Guru (UKCG 2016)

Assalamualaikum, hai semua ! hehe janji aku nak review pasal hotel tu nanti ye aku post ! . Tadi aku pergi jugak temuduga kelayakan guru tu, saja nak try ! .. perghh dah termasuk dua kali ye aku pergi test. Janji aku cuba, ye dak ?. Nak dapat tak dapat , kerja Allah nak bagi. Kalau ada rezeki, dan itu yang terbaik untuk kita,,Allah akan bagi. Okay, semalam aku terima whatsapp dari group sekolah aku, cikgu aku ada bagi last minute punya test UKCG ni. Nasib sama macam hari ni !.. Terima kasih cikgu madi bagi info !. Okay aku akui, tahun ni diorang buat kelainan sikit. Selama ni tahun-2 lepas sama je,, tetiba tahun ni lain. Maybe sebab krisis pertukaran menteri pendidikan kan ? , so format pun lain sikit. Dulu ada bmi test, lompat kuadran, bangkit tubi bervariasi, kilas sisi dan bleep test. Tapi tahun ni, lompat kuadran dan kilas sisi dah tak ada ! tahun ni diorang ganti dengan tekan tubi (Pumping) dan jugak jangkaun melunjur.

Meh aku cerita dengan lebih lanjut :-

Memang UKCG ni terdiri dua bahagian, satu ujian bertulis (Objektif) dan jugak fizikal


  • Ujian Bertulis


Ujian bertulis ni terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B. Usah risau, semua objektif k ! Soalan semua berbentuk situasi, tindakan kita.. Jawapan pilihan banyak wajar, tidak wajar, ya, tidak je.. Tak ada pun soalan matematik ke english ke sains ke, no-no memang tak ada subjek tu. Korang jangan lah risau pulak ! Soalan-2 diorang bagi banyak melibatkan tindakan kita semua, psikologi. Korang jawab tutup sebelah mata pun bolehlah, aku gerenti !.


  • Ujian Fizikal


Okay next level, kita kena buat aktiviti fizikal sikit. Nak jadi cikgu sekarang memang kena aktif dan cergas ! sebab budak-2 sekarang ni buas bebenor. Okay ada 5 stage korang perlu buat ye.

1)BMI test


*Google*

Yang ni korang jangan bimbang ! yang ni paling senang giler.Korang just timbang berat korang atas penimbang tu dan jugak ukur ketinggian korang. Jangan risau abang senior dan kakak senior aka cikgu muda yang hensem dan cantik belaka akan tengok korang punya berat dan tinggi. Tapi tahun ni diorang sebut kuat gila ! malu kot.hehehe

2)Bangkit Tubi Bervariasi (Sit up)

*Google*

Yang ni pulak memang mencabar la sikit !. Sit up pelbagai variasi ada lima jenis. Nanti abang senior dan kakak senior akan tunjuk demo ye ! , korang perhati betul-2 dan dengar arahan je. Oh ye, dekat sini memang takde sebarang bantuan, ada orang tolong pegang kaki mcm gambar di atas tu ke. memang takde.. pandai-2 korang la bangun macam budak perempuan india di atas tu. Kaki jangan terangkat langsung ! nanti tak dikira markah. Kalau tak boleh, cuba buat jugak kalau tak boleh tu , redha ajelah.. *bisikan hati aku*.. hahaha aku dah ada pengalaman dah. 

3)Tekan tubi (pumping)


                                                                              *Google*

Haa, yang ni pulak macam biasa korang dengar pumping.. Yang sebelah kiri ni laki,  opss sorry gambar terseksa sikit ye ! tak ada model yang best..huhu. Yang sebelah kanan pulak perempuan. Pumping macam biasalah macam korang duk buat dekat sekolah semua, alaa macam la korang tak biasa. Lainlah macam aku ni, memang duk dalam kelas sepanjang masa, haha. Aku ingatkan senang rupanya payah jugak nak naiknyerrr.. hahaha. Aku rasa yang budak laki punya senang lagi. Berapa kiraan tu tak kisah, janji korang terus buat dan jangan berhenti untuk nak bernafas ! cikgu tu kata biar lambat janji ternaik. Takpe, nanti yang ni pun diorang demokan.

4)Jangkauan Melunjur

*Google*

Amboi tajuk takleh blah, punya bahasa melayu martabat tinggi penggunaan kata ! haha. Melunjur gitu !. Bagi aku boleh la, yang ni nak test korang ni boleh tak melunjur. Korang kena tolak macam kayu tu perlahan-2.. dengar arahan kakak abang senior tu ! jangan jadi macam aku !, first try aku pergi tolak kayu tu kuat-2 ,haha memang jauh la kiraan aku.. last kali kena buat lain.. Tolak dengan lembut sampai korang sakit belakang la ! macam korang rukuk time solat as muslim, rasa urat sendi habis macam tuhla kurangnya !

5)Bleep test

Last but not least, bleep test yang digemari oleh ramai orang ! hahah, *gelak berdekah-2*.. Astaghfirullahaladzim..huhu. Okay macam biasa, 20 meter korang kena lari ulang alik macam dalam gambar di atas !, jangan ingat 20 meter tu tak jauh.. Bila music dibunyikan, korang larilah sekuat yang mungkin sampai kon ke 2 tu, syarat kena lepas garisan putih ! , lepas tu korang lari lagi.. kalau korang tak sampai garisan putih lagi lepas tu music dah bunyi beep beep, kira korang diberi amaran dulu.. pastu sekali lagi korang lari, tak lepas jugak, korang dikira out !!!. Oh ya, benda ni makin lama makin cepat okay ??. Orang kuat je boleh lari sampai level tinggi. Yang semput ke apa memang angkat bendera merah awal !. Yg ni pun akan ditunjukkan demo. Bleep test ni paling tinggal level 7. Tapi kau jangan ingat yang diorang kira level 1, level 2,level 3, level 4 etc..kalau macam tu, aku pun boleh !. Diorang kira, level 1. start 1.0,1.1.1.2,1.3,1.4,1.5,1.6,1.7,1.8,1.9,seterusnya level 2 berikutnya. So amacam mencabar tak ?. Hee, bleep test ni memerlukan kekuatan betul-2 !!. Overall, budak laki la banyak juara bab larian ni, ada yang level 6 pun ada. Ubat apa dia makan pun taktaulah.. haha

Okay yang tu aje kot, format tahun ni berbeza sikit dengan tahun lepas.. ada dua baru dan yang dua lama disingkirkan !. 

REMINDERS :

1) Pakaian -
-Lelaki (Baju t-shirt putih,seluar track, stokin putih, kasut sukan) Jangan gatal-2 pakai selipar kena luku pala jugak satgi haa. Baju tu tuck in ke dalam, baru la kemas sikit dinamakan guru !

-Perempuan (Baju t-shirt warna hitam / gelap tak kisah la muslimah ke yang biasa pun boleh, Tudung yang selesa tak kirala tudung apa pun jangan tudung saji sudah, hehe, seluar track, stokin putih, kasut sukan)

2)Barang keperluan - bawa pensel 2B, pemadam, sijil lahir, kad pengenalan, surat tawaran, surat akuan semua. Handphone semua boleh je bawak tapi jangan onlah ! Hilang tanggung sendiri

3)Waris boleh balik atau tunggu pun takpe . Tak kisah.

4)Tak ada privacy okay untuk kaum perempuan, semua sama je ! group campur laki perempuan. Nasiblah kalau dapat group takde laki

5) Breakfast dulu tau ! nanti nak ujian fizikal korang takde tenaga. Makan lapik perut dahla ! jangan hentam 3 bungkus nasi lemak, muntah kang !

6)Kalau korang ada injured kaki ke, asthma ke , demam and whatever. Korang kena bagitahu jurulatih atau cikgu tuh siap-2 yang korang ada masalah. Kalau boleh sertakan dengan bukti surat doktor sekali.Diorang akan tentukan yang korang perlu buat sikit-2 ke apa ke.

P/s : Okay, wish youlls goodluck k ! kalau nak tanya, tanya je.. aku tak kisah pun. Assalamualaikum


6 comments:

thezofiroh said...

kite pun pernah jugak dipanggil untuk ujian kecergasan ni tapi tak lepas, stamina tak cukup kuat macam calon lain huhu

NfarhanaIshak said...

@thezofiroh : hehe kan ?. bukan senang nak jadi cikgu sekarang ni. Ramai saingan, Kita pulak jarang nak exercise. Huhuhu

sugar :) said...

kalau bangkit tubi tu tak buat sampai tahap 5 . kalau smpai tahap3 ja mcm mana

NfarhanaIshak said...

@sugar :) : Huhu, redha ajelah adik. Doa banyak-2. Kira hebat la tu tahap 3. yang tahap 4 & 5 tu, cikgu tu kata susah sikit. Mmg hebat lah kalau boleh lepas

Nazirah Arisah said...

Kalau bleep test, Level berapa dikira lulus bagi perempuan?

Anonymous said...

kalau tak dapat sit up tu mcm mana? Tak lepas terus ke? ><