University, Alhamdulillah :)




Assalamualaikum, hai korang semua ! ada rindu aku dak ?. Huhu, lama gila aku tak update kan ?. Post lama pun bulan 6 ke apa tah aku sendiri pun tak ingat. Minta maaf la kalau diri ini menyepi buat sekian lamanya. Tuan blogger ni masih hidup sihat walafiat gemuk gedebamm tembam, alhamdulillah. Haha, punyalah lama masa nak update post dekat blog ni. Maaf ea :) . Ada dua punca kenapa aku diam sekejap, bukan blog saja tau aku diam.. segala social aku diam, macam facebook, instagram, twitter, wechat.. cuma whatsapp je tak, sebab ramai sangat nak mesej dengan aku. Nak tak nak kena la reply kan. First , malas okay ! serious aku pun tak tahu pasal apa aku ni malas sangat nak type sejak tak sekolah dah ni. Bila log in, malas pulak nak type. Bila log out, idea tu mencurah-curah nak type.. Pelik sungguh, harap masuk Universiti lepas ni aku tak malas dah la. Sifat malas sila pi jauh-jauh !. Second, sebab lama aku mendiamkan diri.. sebenarnya aku tengah tunggu keputusan upu berapa bulan ni. Huhu, aku tak naklah aku excited sangat sampai lupa diri. Nak kata aku istiqamah sangat pun, dak pun..biasa saja. 

Okay, alhamdulillah akhirnya penantian aku selama ni sudah terjawab.. Alhamdulillah, aku ditawarkan ke UMK . Haa, UMK ?? UMK tu universiti hulu mana kau pergi. Amboi, sedap hati kau je kata UMK tu hulu yerr. UMK tu Universiti Malaysia Kelantan. Ye, aku tahu korang mesti jarang nak dengar kan umk ni. Yelah, umk ni tak famous lagi sebab baru dalam 6-7 tahun gitu tapi under IPTA jugak. Biasa kita dah biasa dengar universiti yang famous macam UM, USM,UKM,USIM,UIA dan universiti seangkatannya. Time aku pergi kelantan bulan 3 haritu, abang yg bawak luggage dekat hotel tu tanya ayah aku "Pakcik datang sini hantar anak masuk universiti ke ?". Huhu, tak sangka mulut abang tu masin.Masa aku apply upu pun, aku tak pernah dengar umk tu universiti kelantan. Lastly , aku buat research tentang U tu. Baru aku tau. Tak sangka pulak nak dapat umk ni, huhu memang aku ada apply umk ni, tapi pilihan nak terakhir uhh. Duk ingat dapat usim ke apa, yelah sebab aku kan ambil stam.. tapi maybe dah penuh kot kos yang aku mintak tu. Nak buat macam mana kan ? tapi apa pun alhamdulillah aku still dapat u under ipta. Bukan senang oo nak bersaing dengan budak-budak lain yg pandai, stpm, matriks, diploma,asasi & stam. 

See ? tengok kan betapa saingnya nak dapat. Aku pulak keputusan stam aku paras hidung je.. nasib baik spm aku okay.. boleh cover dapat U jugak. Macam kawan aku yang ambil stam, ada tak dapat langsung masuk U, diorang kena buat rayuan. Kesian diorang. dan aku bersyukur gila Allah bagi aku dapat jugak U.. even umk ni masih baru dan orang banyak yang taktau. InshaaAllah, lepas aku masuk umk ni.. Umk ni akan jadi famous dan menjadi sebutan orang ramai, inshaaAllah :D . Bagus dak aku ? haha. ohh ya, aku dapat kos apa ?. aku dapat kos pentadbiran perniagaan (perbankan dan kewangan islam). Haha dulu first choice aku pengajian islam kot, perakaunan no 2, tak sangka pulak dapat kos perakaunan ni. Tapi apa yg Allah bagi tu mesti ada hikmahnya, Dia maha Mengetahui kelebihan kelemahan kita kan ?. Masa aku dapat umk tu pun, aku percaya Allah kata umk tu adalah tempat terbaik untuk aku belajar. Maybe bila aku dapat usim ke apa, aku akan bergantung banyak dengan kawan aku, senior aku yang mana dah belajar dekat Usim.. Well, korang pun tau aku ni pantang jumpa orang yang aku kenal , suka nak sembang.. huhu. Bila aku dapat umk ni, sekurangnya aku tak boleh bergantung sangat dengan orang, sebab aku tak kenal langsung sapa-sapa di sana.

Tapi seriusla sedih jugak nak tinggal rumah, ni aku tengah type ni pun duk kira hari tinggal berapa hari je lagi nak berangkat ke kelantan.. homesick sudah. haha. Bukan apa, sejak kecik kot aku tak pernah berenggang dari mak ayah aku, asyik kepit je. Dulu sekolah mana pernah tinggal asrama. Paling lama pun 3 hari 2 malam tu pun sebab pergi kem, hari ketiga pun dah nangis. Tapi nanti memang aku akan call selalu mak ayah aku bila duk kelantan nanti.. harap semua baik belaka sepanjang aku tiada di bumi kedah ni noh,. Ada lagi anak orang yang duk jauh-jauh dari mak ayah, langsung tak boleh balik, kira aku bersyukur la. Barang semua ada sikit lagi je tak beli lagi, minggu ni nak perabis buang apa yang patut. Semua barang harga mahal-2. Huu,biasalah kan dunia ekonomi meleset sikit. InshaaAllah , aku akan belajar sungguh-sungguh untuk balas jasa mak ayah aku. Apa pun terima kasih siapa yang sentiasa mendoakan aku ye . Nanti bila aku senang, aku post la kerap sikit. Ni sibuk nak buat preparation. Okay chauuu dulu, Assalamualaikum.

4 comments:

Siqah Hussin said...

Good luck in your study! 👍💪

Siqah pernah nangis sebab kena belajar kat kelantan. Haha. Jauh dan tak suka kononnya. Tapi bila dah duduk sana, best jugak nanye. Cuma no wayang lah 😅

chicken_floss said...

best of luck for your study! :) all the best!:)

Vanilla Maple said...

good luck :) Semoga kita dapat balas jasa parents kita^^

Nabila Syifa said...

best of luck dear